Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Banjir Kota Belud

$
0
0
Kalau diamati, banjir Kota Belud melanda kawasan yang didiami penduduk, khususnya antara kawasan 10 km radius daripada Pekan Kota Belud.

Sejak Tahun 2000, kawasan-kawasan yang sama menjadi tumpuan banjir, apabila hujan lebat turun. Kejadian berlakunya banjir diperkuat apabila sungai-sungai di kawasan itu menjadi cetek akibat limpahan lumpur yang di bawa daripada kaki gunung Kinabalu, akibat gempa pada Tahun 2015.

Banjir di kawasan itu akan terus berlaku, jika sungai yang mendap tidak dikorek. Dianggarkan ribuan tan lumpur memenuhi sungai-sungai akibat gempa bumi yang melanda Ranau 2 tahun lepas.

Ada pengomen mengatakan, bahawa banjir Kota Belud disebabkan oleh pembangunan yang tidak teratur termasuk menyumbat arah aliran mata air. Kalau menurut ilmu alam, dakwaan sedemikian menang betul. Georafi alam tidak boleh diubah, jika diubah, maka akan memberi impak negatif kepada pengubahnya.

Pemendapan sungai Kota Belud bermula sejak tahun 70-an apabila OMRD melombong tembaga di Ranau. Akibat pelombongan itu, banjir lumpur yang mengalir ke sungai Kota Belud berkali lipat jumlahnya berbanding lumpur yang mengalir ke sungai-sungai akibat gempa bumi Ranau.

Banjir Kota Belud, selain disumbangkan alam, juga kerana perbuatan manusia. Namun, tidak juga selalu demikian, kerana Kota Belud pernah dilanda banjir besar pada Tahun 1965. Banjir tahun itu, merupakan IBU kepada semua banjir kawasan itu selepas itu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808