1. Selagi kemelut 1MDB tidak selesai, selagi itu, rakyat pandang serong terhadap Perdana Menteri.
2. Kecurigaan rakyat bertambah, apabila pemimpin dan individu yang menginginkan kemelut 1MDB diselesaikan, dipecat daripada jawatan masing-masing.
3. Bagi tujuan melambatkan siasatan, maka empat anggota PAC dinaikkan pangkat termasuk pengerusinya sekali.
4.Tindakan drastik yang dilakukan Perdana Menteri pada Selasa (27 Julai) menggamit persepsi, bahawa ada sesuatu perkara besar yang mahu disembunyikan dalam 1MDB.
5. Tindakan Perdana Menteri merombak kabinet dengan menggugurkan pemimpin yang tidak sehaluan dengan beliau berkaitan 1MDB serta melucutkan jawatan Peguam Negara, dan melantik anggota PAC yang mewakili BN dalam jawarankuasa itu, memang tindakan bijak untuk mengurangkan tekanan kepada beliau, kerana semakin rancak siasatan, maka semakin banyak perkara-perkara yang terbongkar, termasuk akan ramai lagi bakal ditangkap.
6. Sebelum tindakan drastik Perdana Menteri pada 27 Julai, seramai 5 individu telah ditangkap oleh Petugas Khas bagi tujuan siasatan berkaitan dengan 1MDB. Terlihat bahawa para individu tersebut material penting, kerana dilihat dalam jumlah jaminan antara RM50,000-RM100,000 selain penjamin.
7. Entah apa yang bermain difikiran Perdana Menteri, kerana tindakan beliau semacam melengah-lengahkan keputusan 1MDB. Malah kata sandi bagi semua anggota kabinet adalah- Jangan bercakap berkaitan 1MDB, selagi siasatan belum selesai. Malah Tun Dr Mahathir sendiri, secara sinis, tidak mahu bercakap berkaitan 1MDB, kerana menurut beliau, ianya merupakan satu jenayah.
8. Pemimpin yang bercakap berkaitan 1MDB, selain telah dipecat, juga bakal kehilangan keanggotan dalam parti, kerana tanda-tanda itu telah terlihat.
9. Bagi AYT, apapun tindakan mengekang sesiapa sahaja bercakap berakitan 1MDB, tidak akan meredakan pandangan serong kepada Perdana Menteri, selagi keputusan berkaitan 1MDB tidak didedahkan kepada umum.
10. Apa yang rakyat mahu tahu, cukup jelas, apakah RM2.67bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri bukan wang 1MDB.