Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

SISTEM PEMERINTAHAN MALAYSIA SALAH?

$
0
0
Tun Dr Mahathir sejak menjadi sebahagian daripada pembangkang, telah mengakui bahawa sistem pemerintahan negara ini adalah salah, sebab itu perlu diubah. Cara mengubahnya, maka parti yang memerintah negara ini sejak merdeka perlu diganti.

Mantan Perdana Menteri itu terang-terangan mengakui, bahawa tuduhan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim pada pemerintahan mantan Perdana Menteri itu, adalah ciptaan kerajaan, dan seterusnya, mahkamah hanya merupakan pelaksana kepada ciptaan kerajaan itu.

Oleh kerana kerajaan yang ada mewarisi sistem pemerintahan yang salah, maka Dato Seri Anwar menjadi mangsa untuk kedua kalinya, dan seterusnya mantan TPM itu terpaksa merengkok dalam Penjara Sungai Buloh selama 5 tahun.

Sungguh malang bagi rakyat negara ini, selama 22 tahun, terpaksa mengikut sistem pemerintahan yang salah. Rupanya, mahakamah yang menjatuhkan hukuman kepada mereka yang kononnya didapati bersalah, bukanlah mengikut lunas-lunas undang-undang yang sebenarnya, akan tetapi sentiasa berkiblat pada skrip yang disediakan oleh kerajaan of the day, demikianlah dakwaan Tun Dr Mahathir.

Rupanya, perbicaraan Anwar bermula tahun 1998, di mana tilam-tilam diusung ke mahkamah, hanya merupakan babak-babak dalam skrip yang disediakan oleh Tun Dr Mahathir, untuk tujuan mengabui mata rakyat, bahawa Anwar memang terlibat dengan hubungan seks songsang, berzina dan sebagainya.

Berasaskan pengakuan Tun Dr Mahathir, patutpun, Anwar bermatian-matian menafikan bahawa beliau terlibat terhadap tuduhan-tuduhan yang dikenakan kepada beliau.

Rakyat negara ini tahu, walaupun Anwar dituduh melakukan hubungan seks dengan lelaki dan berzina dengan isteri orang melalui sodomi I, namun mahkamah membebaskan beliau daripada semua tuduhan itu, sebaliknya beliau hanya didapati bersalah kerana menyalahgunakan kuasa demi kepentingan dirinya.

Kini, melalui pengakuan Tun Dr Mahathir, menunjukkan bahawa mereka-mereka yang terlibat dalam pendakwaan, iaitu Jabatan Peguam Negara, pihak polis, rupanya hanya melaksanakan skrip sodomi I yang disedikakan oleh Tun Dr Mahathir, semasa menyingkir Anwar pada tahun 1998.

Rupanya, Tun Dr Mahathir menganggap, bahawa sodomi II, yang mendapati Dato Seri Anwar didapati bersalah meliwat, modus operandinya adalah sama dengan sodomi I, sebab itulah, mantan Perdana Menteri itu memberi tahu rakyat termasuk rakyat asing, bahawa hukuman yang dijatuhkan kepada mantan TPM itu adalah konspirasi kerajaan Najib, bagi menghalang pemimpin PKR itu bergiat dalam politik.

Apa yang tidak diberitahu oleh mantan PM itu, bahawa Anwar bergiat dalam politik sejak beliau dibebas, malah menang melalui PRK Permatang Pauh pada tahun 2008 dan menjadi Ketua Pembangkang di dewan Rakyat, malah menyertai PRU-13 dan menang di parlimen Permatang Pauh.

Anwar bukan saja bebas berpolitik sebelum dipenjarakan pada 7 Mac 2014, akan tetapi sempat merancang Langkah Kajang untuk menjadikan beliau Menteri Besar Selangor.

Anwar mengetuai parti-parti pembangkang (Pakatan Rakyat) pada PRU-13, di mana PRU itu merupakan IBU kepada semua pilihan raya di negara ini. Seperti yang telah diketahui, bahawa keputusan PRU itu, PR mendapat 89 kerusi Parlimen, sementara BN 133 daripada 222 kerusi yang dipertandingkan.

Tun Dr Mahathir, cuba menafikan, bahawa PRU-13, merupakan peluang terbesar parti-parti pembangkang merampas Putrajaya, akan tetapi kerajaan of the day tidak bertindakpun terhadap Anwar, akan tetapi berdepan dengan mantan TPM itu dalam pesta demokrasi.

Mantan PM itu, sudah tentu maklum, bahawa pada PRU-13, bukan sahaja BN gagal mendapatkan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, akan tetapi kehilangan undi popular. Apa makna keadaan itu? Kerajaan of the day, tidak pernah menghalang Dato Seri Anwar berpolitik, sejak dibebaskan daripada penjara Sungai Buloh pada tahun 2004.

Adalah tidak lojik, pemimpin yang tewas dalam pesta demokrasi, kemudian diambil tindakan untuk menghalang kegiatan dalam politik. Bagi BN, kedudukan Anwar adalah pemimpin yang telah kalah di medan pertempuran yang amat sengit, dan pertempuran sengit itu sudah reda, dan tidak akan berulang lagi dalam masa yang dekat, apatah lagi pada PRU-14.

Tuduhan terhadap Anwar melalui sodomi II, bukan bermula pada era Dato Seri Najib Razak, akan tetapi pada era Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun). Hukuman dijatuhkan pada era DS Najib, atas sebab panjangnya perbicaraan itu. 

Kerajaan DS Najib, tidak mempunyai apa-apa keterkaitan dalam sodomi II, kerana kes itu, semata-mata antara bekas kakitangan dan majikan. Mangsa sodomi II, tiada kaitan dengan kerajaan, kerana bukanpun kakitangan kerajaan, akan tetapi kaktangan mantan TPM itu sendiri.

Menerusi pengakuan Tun Dr Mahathir, bahawa sistem pemerintahan yang beliau warisi menggunakan sistem pemerintahan yang salah, hanya dakwaan beliau untuk menjustifikasikan tindakan beliau merampas Putrajaya daripada BN, kononnya untuk menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808