Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

RM7juta Untuk Perisik Tentera

$
0
0
Sarawak Reports mendedahkan bahawa pada 8 April 2013, sebulan sebelum PRU-13, Perisik tentera telah menerima sekeping cek daripada akaun peribadi Perdana Menteri bernilai RM7juta. Menurut portal itu, sekeping cek dibayar kepada perisik tentera ditemukan oleh Pasukan Khas yang ditubuhkan oleh Peguam Negara semasa menyiasat 1MDB.

Bagi menjernihkan dakwaan Sarawak reports itu, Menteri Pertahanan Dato Seri Hishamuddin Hussien, meminta pihak yang mempunyai kuasa menyiasat, bertindak, untuk memastikan kebenaran dakwaan portal yang berlokasi di UK tersebut.

Pihak-pihak yang mempunyai kuasa menyiasat di negara ini, selain daripada PDRM adalah SPRM.

Pihak PDRM telah membuat kenyataan pada hari ini (7 Julai 2017) melalui Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, bahawa pihak PDRM menyerahkan siasatan kepada pihak SPRM, untuk tujuan mengenal pasti dakwaan laporan itu “once for all”.

Pendirian IGP itu, bertepatan, kerana semakin banyak pihak-pihak yang menyiasat sesuatu isu, seperti mana berlaku pada isu 1MDB, walaupun dapat diselesaikan, akan tetapi berbagai kenyataan yang bercelaru, telah menimbulkan kerumitan yang tidak perlu.

Jika kemudian nanti, melalui siasatan SPRM, memang terbukti bahawa sekeping cek bernilai RM7juta daripada akaun peribadi Perdana Menteri diserahkan kepada korDiraja perisik tentera, maka dapat disimpulkan, bahawa dakwaan sebelum ini, tujuan penubuhan pasukan khas bagi menyiasat 1MDB, sebenarnya hanya menjadikan syairkat gergasi sebagai kambing hitam, kerana sebenarnya tujuan penubuhan pasukan khas itu adalah untuk “established” salah laku kepada Dato Seri Najib Razak.

Secara kebetulan, sebaik sahaja pasukan khas itu ditubuhkan, maka Sarawak reports membuat laporan-laporan bersiri berkaitan 1MDB, termasuklah dakwaan wang derma USD681juta daripada keluarga Arab Saudi, dikatakan bersumber daripada 1MDB.

Pendedahan akaun peribadi Perdana Menteri di Am Bank juga turut didedahkan sebaik sahaja Pasukan Khas yang ditubuhkan mantan Peguam Negara mula menjalankan tugas.

Pada mulanya, ramai pihak di dalam negara ini, mendakwa, bahawa laporan Sarawak Reports hanya fitnah dan bohong, sehinggakan portal itu disekat untuk dilayari di negara ini. Namun, selepas pengakuan tidak langsung Dato Seri Hishamuddin Hussien berkaitan cek RM7juta yang diterima perisik tentera, maka secara tidak langsung, dapat diterima bahawa laporan-laporan Sarawak Reports adalah betul.

Jika laporan Sarawak Reports sebagai betul, maka telah mengsahkan, bahawa pemberi maklumat kepada portal itu adalah mereka-mereka yang terlibat dalam Pasukan Khas yang telah ditubuhkan. Bukan rumit untuk mengenal pasti yang terlibat, kerana mereka-mereka yang terlibat adalah daripada kakitangan Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, serta SPRM, selain PDRM.

Melihat kepada tindakan mereka yang terlibat, maka telah membenarkan, dakwaan sebelum ini, bahawa terdapatnya konspirasi menjatuhkan Dato Seri Najib Razak secara paksa, melalui dakwaan salah guna kuasa serta rasuah.

Juga, jika laporan-laporan Sarawak Reports boleh diterima, maka dapat disahkan juga bahawa surat pertuduhan rasuah yang telah dipersiapkan, yang dikatakan untuk digunakan memaksa DS Najib Razak meletakan jawatan pada 29 Julai 2015 adalah betul.

Umum mengetahui bahawa pada 27 Julai 2015, Peguam Negara telah dipecat daripada jawatan, disusuli rombakan kabinet Persekutuan pada 28 julai, di mana Timbalan Perdana dipecat, bersama-sama dengan seorang anggota kabinet.

Sehingga ke masa ini, tiada sebarang tindakan undang-undang yang menjurus kepada pendakwaan atau fakta-fakta yang mengarah kepada Perdana Menteri bahawa beliau menyalah guna kuasa, kerana baik SPRM dan peguam negara, telah membersihkan nama Perdana Menteri.

Di dalam negara, tiada pihak yang mempunyai kuasa menyiasat membabitkan Perdana Menteri, walaupun media asing dan pembangkang, yang telah bertindak sebagai penyiasat, pendakwa dan hakim, telah menjatuhkan hukuman bahawa Dato Seri Najib Razak bersalah.

Melalui siri laporan Sarawak Reports, kini, telah mengsahkan, bahawa portal itu merupakan sebahagian daripada konspirator menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Berasaskan kepada gambaran itu, maka menjadi tugas pihak-pihak yang mengormati mandat rakyat, untuk bertindak mencari dalang-dalang kepada konspirator itu, kerana tindakan mereka itu, adalah tindakan pengkhianat kepada suara demokrasi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808