1. Tindakan Perdana Menteri menguggurkan Pemimpin yang beliau anggap sebagai musang dalam reban ayam, memang dialu-alukan.
2. Sebuah kerajaan yang mantap akan boleh diwujudkan, jika anggotanya merupakan satu pasukan, selain itu, perlu ada kesetian pada pucuk pimpinan.
3. Dua pemimpin yang digugurkan daripada kabinet dalam rombakan kabinet Persekutuan pada Selasa mempunyai kisah sendiri dalam politik.
4. Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pemimpin utama dalam kerajaan yang menjadi pengerak untuk memaksa Perdana Menteri ke-5 meletakkan jawatan. Bagi Shafie pula, MP Semporna tersebut merupakan dalang kepada berpuak-puaknya kepimpinan Umno dan UBN Sabah.
5. Tindakan DS Najib merombak kabinet dan memilih kepimpinan yang boleh berkerja sepasukan dengan beliau, seharusnya telah lama dilakukan. Jika itu dilakukan lama dahulu, krisis yang melanda Umno sekarang tidak akan berlaku.
6. Najib sangat bernasib baik, kerana ramai Ketua-Ketua Bahagian yang menyedari keadaan sebenar, atas sebab itu, daripada 191 Bahagian Umno, setidak-tidak 155 Bahagian berdiri teguh dibelakang beliau.
7. Bahagian-bahagian yang bukan wilayah Umno seperti Cheras, bukan sebagai pengukur kepada kekuatan Umno, kerana sejak dahulu kala, kawasan tersebut adalah kawasan yang bukan ditandingi Umno, selain itu, kawasan tersebut adalah kubu kuat pembangkang.
8. DS Najib kena mengambil kira sokongan kawasan yang dimenangi Umno, bukannya kawasan yang bukan wilayah Umno.
9. Pagoh dan Semporna memang wilayah Umno, akan tetapi pemimpin parti yang menerajui kawasan tersebut, bertindak tidak sehaluan dengan kepimpinan. Mereka bertindak sebagai pemangkin kepada kelemahan parti.
10. Isu 1MDB adalah isu pembangkang untuk menumbangkan kerajaan. Malang sungguh dua pemimpin kanan parti tersebut terperangkap dengan permainan pembangkang.
11.1MDB tidak akan menjadi kemelut, jika semua pihak dalam kerajaan berusaha menjelaskan isu tersebut, namun apa yang berlaku, mereka yang mengetahui berkaitan syarikat tersebut, khususnya anggota kabinet, bertindak sebagai pemangkin kepada kecelaruan.
12. Perdana Menteri, sebagai pihak yang menjadi "subjek"-tidak kena bila beliau juga yang memberi penjelasan, seharusnya orang-orang sekeliling beliaulah yang memberi penerangan. Namun apa yang berlaku, mereka yang diharap sebagai pendamping, dan penguat untuk menjelaskan kebenaran, bertindak sebaliknya.
13. Seperti kata Perdana Menteri, membuat keputusan menyingkirkan kawan-kawan bukan perkara mudah, malah terlalu sukar, namun demi kewujudan satu pasukan yangboleh bergerak di masa susah dan senang perlu dilakukan.