Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Malaysia- Negara Rasuah?

$
0
0
Mengapa Tun Dr Mahathir Mohammad mengulang-ulang, bahawa negara ini merupakan negara rasuah?. Apa kah semua agensi kerajaan, kakitangan kerajaan, atau pihak berkuasa, tiada seorangpun yang mengamalkan pegangan agama? sehingga semunya bersengkokol mengamalkan rasuah? Siapa yang rasuah? siapa yang memberi rasuah? 

Dengan mendakwa negara merupakan negara rasuah, ertinya semua peraturan, tidak boleh berjalan, tanpa melibatkan wang pelicin, atau wang rasuah. Tak kan, seramai 20 juta dewasa rakyat negara ini, tiada 10 peratus atau 5 peratus pun yang membuat laporan berkaitan rasuah, khususnya yang menjadi mangsa, mengapa hanya kumpulan Tun Dr Mahathir dan konco-konconya sahaja yang mengenal dan mengerti soal-soal rasuah. 

Apa kah bantuan kerajaan berbentuk tunai kepada rakyat memerlukan melalui BR1M itu rasuah? sedangkan pemberian itu, diberikan secara terang-terangan, dan diberikan pada setiap orang yang layak, termasuk penyokong tegar pembangkang. Kalaulah BR1M itu rasuah untuk membeli undi, mengapa BN pada PRU-13 tidak mendapat undi popular? Ertinya dakwaan BR1M itu satu bentuk rasuah untuk mendapatkan imbalan, telah ditolak ketepi.

Tun Dr Mahathir perlu bertanya diri sendiri, apa kah sesebuah parti tidak memerlukan kewangan untuk menguruskan jentera? Adalah sesuatu yang tidak mungkin, sesebuah parti boleh berjalan, tanpa kewangan. Mungkin, kesilapan DS Najib Razak kerana membenarkan namanya digunakan menerima dana untuk parti. Najib mengambil risko besar kerana menggunakan nama beliau, namun satu kejujuran perlu dibayar mahal. Akibat kejujuran, maka beliau menjadi sasaran serangan, namun kerana kejujuran juga segenap lapisan berdiri teguh dibelakang beliau, kecuali mereka yang mahu beliau berundur.

Tun Musa Hitam mengakui melalui bukunya “Frankly Speaking”, dalam parti Umno Najib tidak bakal dikalahkan, kerana majoriti jajaran Umno berpihak kepada beliau. Bayangkan 3.4juta ahli, tolak ya katakan, 50ribu yang menolak Presiden, maka masih berbaki 3.35juta. Mengapa majoriti ahli parti mempertahankan Presidennya? sebabnya Presiden parti jujur melaksanakan tugas. Presiden teguh mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Sejak tahun 2009, selepas sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri, pertumbuhan ekonomi negara menjadi positif walaupun berdepan dengan fenomena ekonomi global yang tidak menentuk termasuk penurunan harga mentah dunia daripada USD100 setong ke paras USD40. Penurunan itu, menyebabkan negara kehilangan sehingga RM30bilion setahun daripada hasil minyak. Pun demikian, bajet tahunan negara senantiasa meningkat, kadar pertumbuhan ekonomi berlegar-legar di atas 4 peratus, berbanding tahun 2009 negatif 7.4%.

Kalau negara merupakan negara rasuah, mengapa FDI mengalir masuk? mengapa perdagangan negara meningkat? mengapa berjuta rakyat asing datang melancong? 

Kalau GST dikambingkan hitamkan, sebagai asas peningkatan harga barang, sebenarnya dakwaan itu bersifat relatif, kerana, tanda-tanda negara menuju negara maju, adalah melalui harga barangan dalam negara. Apabila harga barangan yang terasa mahal, namun masih juga ada pembeli, maka menunjukkan, daya beli rakyat meningkat. Apabila daya beli meningkat, ertinya pendapatan juga telah meningkat. Tidak perlu memberi tahu Tun, bahawa harga kopi secangkir di Jepun sama bernilai RM20, sedangkan kopi yg sama di Malaysia hanya RM1.20.

Kalau dilihat, GST bukanlah asas utama kenaikan harga barangan khususnya barangan ruji, atas sebab semua barangan keperluan ruji bebas GST termasuk minyak masak dan gas memasak. 

Sebenarnya, tulisan-tulisan Tun Dr Mahathir bukannya dialamatkan kepada mereka yang tahu berkenaan dengan ekonomi, akan tetapi tujuan tulisan beliau ditujukan kepada rakyat yang kurang tahu, khususnya di kampung-kampung. Sepatutnya, tulisan-tulisan yang bertujuan mengelirukan tidak seharusnya daripada mantan Perdana Menteri. 

Tulisan terbaru mantan Perdana Menteri itu melalui blog beliau, apa kah ditulis oleh beliau? kerana beliau sedang di rawat di IJN. Melalui tulisan yang memberi sebab musabab mengapa beliau dan 6 orang lain menubuhkan parti, mengandungi kenyataan-kenyataan yang bersifat fitnah dan dusta. Jika bukan beliau yang menulis, ertinya admin blog beliau tersebut mahu memalitkan beliau dengan kenyataan-kenyataan dusta.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808