Jika DOJ Amerika, bertindak adil, maka perlu juga mendapat maklumat daripada subjet utama (1MDB), bukan hanya bergantung pada Sarawak Reports Dan Datuk Khairuddin Abu Hassan serta Mathias Chang.
DOJ juga, kalau mahu bertindak adil, perlu menggunapakai pendekatan, bahawa Sarawak Reports menggunakan maklumat yang dicuri kemudiannya ditokok tambah, manakala Khairuddin juga sama, kerana mantan Naib Ketua Bahagian Umno Balik Pulau, Pulau Pinang itu, tiada locus standi, atas sebab tidak terlibat sama sekali dengan pengurusan 1MDB.
Sesuatu keajiban dalam sesuatu siasatan, bahawa subject yang mahu dibela, dalam perkara ini 1MDB, tidak mengalami seperti mana tujuan untuk dibela. Sarawak reports dan Kharuddin, mendakwa dan menuduh bahawa sebahagian wang 1MDB telah dicuri, manakala subject tidak merasakan bahawa ada wang yang dicuri.
Agensi penguatkuasa Malaysia termasuk PAC Parlimen telah siap melakukan siasatan, dan dalam semua siasatan itu, tidak didapati sebarang salah laku dalam 1MDB, tiada wang yang hilang, melainkan hanya terdapat kelemahan pengurusan syarikat. Kelemahan pengurusan, bukan kerana ada wang yang hilang, akan tetapi, rancangan perniagaan syarikat tidak menepati seperti mana yang dirancang.
Dalam dunia kewangan, memang berlaku istilah komisyen. Setiap pengurus dana, mempunyai komisyen tertentu yang ditetapkan. Misalnya, pelaburan unit amanah, seseorang pelabur dikenakan paling rendah 4 peratus, jika melabur pada unit amanah yang diluluskan kerajaan. Demikian juga, urusan pinjaman, seorang pengurus dana atau broker dana, mempunyai kadar komisyen tertentu. Pengurus dana adalah mereka yang bertanggungjawab memperlancar pemberian pinjaman kepada peminjam, samaada individu atau syarikat.
Pendek kata, 1MDB telah mendapat pinjaman sebanyak RM42bilion. Menurut standard bayaran pengurusan dana, pihak peminjam dikenakan 4% daripada jumlah itu. Empat peratus daripada RM42bilion adalah RM1.68bilion. Namun bagi majoriti dana yang dipinjam 1MDB, dikatakan di atas 5%, katakan secara kasar hanya 5%, maka jumlah komisyen daripada RM42bilion adalah RM2.1bilion.
Penulis sejak tahun 1993, merupakan salah seorang pengurus dana unit amanah bermula daripada Ban Hin Lee Bank, kemudian Southern Bank dan seterusnya CIMB Bank. Penulis dibayar 4% one-off daripada jumlah yang dilabur pelabur, begitulah seterusnya. sebagai tambahan, penulis juga mendapat bonus tahunan berasaskan jumlah aset yang terkumpul di bawa tajaan penulis. Ertinya, sudah menjadi lumrah dalam pengurusan dana, setiap pengurus mendapat komisyen daripada dana-dana yang diurus oleh pengurus dana tersebut.
Ertinya, penulis tidak merasa pelik, jika ada individu yang mendapat komisyen yang banyak daripada pinjaman 1MDB. Bagi pengurus dana itu, tiada kesalahan mendapatkan komisyen, kerana itulah peraturan yang digunapakai oleh semua pengurus dana di dunia.
Semua kita maklum, bahawa 1MDB yang ditubuhkan pada tahun 2009 dengan modal RM1juta. Oleh kerana kemahiran pengurus dana, maka mereka mampu memberi kepercayaan kepada pemberi/peminjam dana untuk memberi pinjaman kepada satu syarikat sehingga 42ribu kali ganda berbanding modal. Apa yang dapat dilihat kepada kejayaan ini? Hanya satu- satu keyakinan dan kepercayaan kepada plan perniagaan syarikat itu. Salah kah, pengurus dana yang berjaya memberi keyakinan kepada pemberi dana, untuk mendapat komisyen??? Komisyen yang diperolehi sudah menjadi hak peribadi. Terpulanglah kepada penerima komisyen untuk menggunakan komisyen yang diterima. Mengapa kah DOJ Amerika mahu menyembunyikan sistem kewangan yang digunapakai antarabangsa ini? Sebagai negara yang mempunyai reputasi tinggi di dunia, sepatutnya mereka tidak terikut rentak, cara mereka yang mengelabui atau menyembunyikan peraturan kewangan yang melibatkan pengurusan dana.
Kepada pembaca, sangat mudah, bagi anda mengetahui, berapa peratus yang anda perlu bayar kepada pengurus dana jika anda melabur dalam sesuatu pelaburan, misalnya unit amanah. Datanglah ke mana-mana Pengurusan kewangan yang ada di negara kita, Public Mutual kah, CIMB Asset Managemnet kah, anda akan tahu dengan segera, berapa peratus yang anda bayar kepada pengurus dana.
Bagi mereka yang biasa terlibat dengan pengurusan dana, berlaku juga keadaan suka sama suka atau setuju untuk bersetuju. Biasanya yang disepekati adalah kadar bunga, masa luput dan sebagainya.
Pengurus dana, adalah para individu yang tidak pernah rugi, sebabnya, pengurus dana, boleh sahaja mendapat bayaran komisyen daripada dua pihak, sipemberi dana dan penerima dana. Dalam hubungan dengan 1MDB, dengan pertimbangan latar belakang kewangan syarikat itu, kemungkinan yang berlaku, bahawa pengurus dana mendapat bayaran daripada kedua belah pihak. Ertinya, daripada RM42bilion, pengurus dana sekurang-kurangya mendapat RM4.2bilion komisyen. Sudah dijelaskan di atas, bahawa komisyen yang dibayar adalah hak peribadi, jadi seharusnya tiada yang mempersoalkan bagaimana seseorang atau kumpulan orang yang mendapat komisyen itu membelanjakan komisyen yang diperolehi.
Bagi mereka yang mempersoalkan sangat, berkaitan 1MDB, kononnya ada pihak-pihak yang mengaut keuntungan. Jangan persalahkan mereka, kerana setiap orang mempunyai peluang berbuat demikian. Hari ini, mungkin orang lain yang berpeluang, di masa depan kita juga yang berpeluang, atas sebab pengurus dana, merupakan kerja profesional yang diakui di seluruh dunia. Kadangkala, rezeki berpihak pada kita, kadangkala di pihak lain. Penulis berpengalaman mendapat dana pelaburan lebih RM1juta hanya dalam 2 hari, manakala, kawan-kawan seprofesion memerlukan berbulan-bulan untuk mendapatkan jumlah pelaburan sebanyak itu. Rezeki seseorang tidak boleh dihalang.