Dua kawasan yang diadakan PRK (Sungai Besar dan Kuala Kangsar) dianggap kawasan melayu,walaupun 2/3 sahaja merupakan pengundi melayu. Dapat dilihat pada semua calon yang terdiri daripada melayu: Sungai Besar- Budiman Mohd Zohdi (Bn), Dr Abdul Rani Osman (Pas), Azhar Abdul Shukur (Amanah), sementara Kuala Kangsar- Datin Mastura Yazid (Bn), Dr Najihatussalehah Ahmad (Pas), Dr Termizi Ramli (Amanah) dan Izat Bukhary (Bebas).
Dua PRK ini sebenarnya bagi merebut sokongan kaum melayu sebagai asas untuk menang, atas sebab pengundi bukan melayulah yang menjadi penentu utama, calon mana yang bakal menang. Sebabnya, bermula daripada PRU-12 dan dilanjutkan pada PRU-13, pengundi bukan melayu, sudah berpihak kepada parti bukan Bn, dan kecenderungan itu, dilihat akan berterusan melalui dua PRK kali ini. Pada PRU-12, di Sungai Besar, kemenangan Bn hanya 399 undi berbanding tahun 2008- 5009 undi. Di Kuala Kangsar, kedudukan Bn agak selesa, kerana pada PRU-13, majoriti kemenangan 1,082 berbanding 1,458 pada tahun 2008. Pun demikian, kencenderungan itu telah berubah melalui PRK Teluk Intan, Perak, di mana DAP yang mempertahankan kawasan itu kalah kepada calon Bn. Jika trend pengundian Teluk Intan berlaku di dua PRK kali ini, maka anggapan, bahawa pengundi bukan melayu merupakan penentu kemenangan tidak lagi berlaku, kerana trend pegundi kaum melayu telah beralih kepada Bn. Namun, apa yang perlu diingat, bahawa pada PRK Teluk Intan, walaupun kempen anti Najib telah wujud, bersama dengan isu 1MDB, namun tidak serancak sekarang. Pada PRK Teluk Intan, Tun Dr Mahathir belum menjadi defacto leader pembangkang, manakala pada kali ini, mantan Perdana tersebut sudah sebahagian daripada pembangkang.
Tugas Tun Dr Mahathir adalah agar pengundi Melayu terbahagi kepada tiga, jika berlaku, maka kemengan calon yang disokong mantan Perdana Menteri tersebut, mempunyai harapan cerah untuk menang, atas faktor sokongan kaum bukan melayu, khususnya kaum cina.
Di atas kertas, dikatakan parti Amanah bakal mendapat 20-25 peratus penyokong Pas, manakala Tun Dr Mahathir juga boleh menyebabkan penyokong Umno berubah arah (swing) menentang Umno pada peratusan yang sama, dalam erti kata yang lain, daripada 2/3 jumlah pengundi kaum melayu, parti Amanah akan mendapat sokongan 40-45 peratus kaum melayu, dan bakinya direbut oleh Umno dan Pas. Dalam keadaan demikian, maka calon yang disokong DAP bakal menang, kerana 80 peratus sokongan kaum bukan melayu memberi undi kepada calon yang disokong parti itu.
Trend pengudian di dua PRK kali ini, akan dipengaruhi oleh beberapa faktor- bagi kaum melayu, Tun Dr Mahathir akan terus mempergunakan isu 1MDB dan wang derma RM2.6bilion, sementara DAP akan memergunakan isu Hudud. DAP akan menakut-nakutkan pengundi bukan melayu, bahawa Umno dibelakang Pas untuk mengwujudkan undang-undang hudud di Malaysia, Sementara parti Amanah akan mempergunakan isu, bahawa Pas telah menjadi kuda tunggangan Umno.
Jika senario apa yang ditulis oleh AYT ini berlaku, maka PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, akan menjadi political Game changer bagi politik Malaysia, khususnya di Semenanjung, kerana kencenderungan itu tidak berlaku di Sarawak, sepertimana dibuktikan pada PRN11 Sarawak pada mei lalu. Sama-sama kita tunggu keputusan PRK itu yang bakal berlaku pada 18 Jun.