Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar: Senario Satu Lawan Satu

$
0
0
Apa yang boleh dilihat melalui PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar jika berlaku satu lawan satu antara pembangkang dan Barisan Nasional, adalah, senario kencenderungan undi pada tahun 2008 akan berlaku. Pada pilihanraya itu, mencerminkan kekuatan sebenar pembangkang (single party) di kawasan itu.

Keputusan PRU-13, tidak boleh diambil sebagai ukuran, atas sebab adanya kesepakatan luarbiasa antara PAS-DAP-PKR melalui Pakatan Rakyat. Lagipun, PRU-13, merupakan sebuah pilihanraya yang dikatakan sebagai ibu kepada semua pilihanraya di negara ini, ekoran keputusan PRU 2008, di mana untuk pertama kalinya Bn kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, termasuklah kehilangan Negeri Selangor, Pulau Pinang, dan Kedah termasuk Perak walaupun hanya setakat Februari 2009.

Pada PRU 2008, di Kuala Selangor calon Pas mendapat 11,080 berbanding Bn 16,069. Sementara di Kuala Kangsar calon Pas mendapat 9,277 berbanding Bn 10,735. Jumlah itu merupakan kekuatan sebenar Pas dan pembangkang di kawasan itu. Ertinya, pada PRK yang bakal diadakan 18 Jun, ratio antara Bn dan pembangkang, jika berlaku pertembungan satu lawan satu, akan berkisar pada ratio 41: 59 di Kuala Selangor, manakala di Kuala Kangsar 46:54 memihak kepada Bn.

Desakan berbagai pihak termasuk Mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir Mohammad, agar pihak pembangkang meletakkan ‘calon rakyat” bagi bertembung dengan Bn, satu lawan satu, hanya berkesudahan pada ratio yang disebutkan di atas. Sebab kepada perkiraan ini, tiada faktor yang boleh disandarkan sebagai “game changer’ bagi rakyat di kawasan itu mengalahkan Bn, baik isu tempatan mahu nasional. Isu Nasional yang digembar gemburkan yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, telah terbukti melalui PRN 11 Sarawak, bahawa isu-isu tersebut tidak berimpak di mata pengundi. Sebagai sebuah negara, trend pengundian yang berlaku di Sarawak, tidak akan jauh berbeza dengan trend pengundian di kawasan yang bakal berlaku PRK.

Kemahuan kumpulan Anti Najib yang diketuai Tun Dr Mahathir, agar menjadikan dua PRK itu sebagai faktor mendesak DS Najib Razak meletakkan jawatan jika calon Bn kalah, tidak sealiran dengan pemikiran atau mood pengundi, kerana rakyat menilai, bahawa kemahuan mantan Perdana Menteri itu beragenda peribadi bukannya untuk rakyat secara keseluruhan.

Keinginan Tun Dr Mahathir, untuk menunjukkan bahawa kemenangan Bn Sarawak tiada hubungan dengan Perdana Menteri, melainkan kemenangan di Sarawak itu, hanya kerana faktor Tan Sri Adenan Satem, tidak akan kesampaian, kerana pengundi di Kuala Selangor dan Kuala Kangsar tahu betul, bahawa selama PRN Sarawak, bukan sahaja seluruh jajaran pemimpin Bn Sarawak terlibat, juga seluruh jajaran kempimpinan pusat khususnya para menteri kabinet, malah sebahagian besar kabinet DS Najib telah berkampung di Sarawak termasuk Timbalan Perdana Menteri. Kemenangan Bn Sarawak merupakan kerja berpasukan para pemimpin barisan nasional. Malah, dua PRK yang bakal diadakan, kerana dua pemimpin Bn yang terlibat pada kempen di Sarawak terlibat dalam kemalangan helikopter di Sebayau menjelang hari pengundian.

Rakyat di dua kawasan PRK tersebut akan menilai, bahawa mereka kehilangan wakil rakyat yang mereka undi pada PRU-13, semata-mata demi tugas dan tanggungjawab. Berasaskan kepada keadaan itu, maka para pengundi di dua kawasan itu, akan terus memberikan undi kepada calon-calon yang bakal diketengahkan Bn, untuk meneruskan tanggungjawab yang telah digalas oleh dua wakil rakyat yang terkorban.

Pada dua PRK kali ini, calon-calon Bn hanya menunggu formaliti untuk diumumkan sebagai pemenang, kerana sebenarnya, rakyat di dua kawasan itu, tidak sabar-sabar mendapatkan wakil rakyat daripada barisan nasional. 

Adalah diramalkan, berasaskan jumlah undi yang ada di kawasan-kawasan tersebut, bagi kawasan Kuala Kangsar, Bn dengan mudah mendapat di atas 14,000, manakala di Kuala Selangor, Bn akan mendapat 18,000. Melalui jumlah undi itu, calon Bn di Kuala Kangsar dengan mudah mendapat majoriti di atas 2,000, manakala di Kuala Selangor di atas 3,000.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808