Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar: Apa Yang Diharapkan?

$
0
0
Dalam proses mencari kebenaran ada sahaja jalan keluarnya. Manusia hanya boleh merancang, akan tetapi Tuhan yang menentukan.

PRK Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak bukan sesuatu yang dirancang. Dua PRK itu, merupakan satu ketentuan yang Tuhan berikan kepada insan-insan politik yang sedang berbalah dalam negara.

Para pemimpin pembangkang daripada Semenanjung mengatakan bahawa keputusan PRN 11 Sarawak yang berpihak kepada Bn Sarawak, disebabkan oleh faktor Adenan, dan tiada kena mengena dengan Dato Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Menurut mereka, melalui dua PRK yang akan dilangsungkan pada 18 Jun, merupakan penentuan kepada kedudukan DS Najib Razak baik sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai Presiden Umno. Atau dengan kata lain, apabila keputusan dua PRK itu tidak berpihak kepada BN, ertinya atas faktor DS Najib Razak. Namun mereka tidak menyatakan pula, jika keputusan sebaliknya, maka mereka akan berhenti mengecam Perdana Menteri dan seterusnya menyokong kepimpinan beliau.

Telah 13 kali pilihanraya umum diadakan di negara selain PRK-PRK. Kemenangan sesebuah parti yang bertanding, adalah atas usaha berpasukan, bukannya atas usaha diri sendiri, termasuk juga calon-calon bebas yang pernah menang.

Pada dua PRK yang bakal berlangsung, sudah tentunya seluruh jajaran kepimpinan Bn akan turun padang berkempen untuk memastikan dua kawasan itu kekal dikuasai Bn. Memang benar, kecenderungan pengundi di kawasan itu di mana majoriti yang diperolehi Bn terus merosot. Namun kemerosotan majoriti bukan ditunjukkan oleh penurunan undi yang diperolehi calon-calon Bn. Pada PRU-2008 di Parlimen Kuala Kangsar, undi Bn adalah 10,735 (m=1,458), PRU-2013- 14,218 (m=1,082), manakala Parlimen Sungai Besar, undi Bn 16,069 (m=5,009), PRU-13-18,695 (m=399).

Kalau dilihat daripada segi undi yang diperolehi Bn pada dua PRU yang dikira kritikal, jumlah yang menyokong dan mengundi Bn, bukan merosot akan tetapi meningkat, ertinya pengundi Bn terus menyokong. Penurunan majoriti Bn, atas sebab pertambahan undi tidak berjaya digapai oleh Bn, melainkan berpihak kepada pembangkang.

Pada dua PRK yang bakal diadakan, banyak mata tertumpu di dua kawasan itu, kerana mereka mahu melihat apa kah impak tindakan mantan-mantan pemimpin Umno seperti Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhiyiddin Yassin, Datuk Shafie Apdal dan Dato Mukhriz Mahathir serta para pemimpin veteran lain seperti TS Sanusi Junid, Tun Daim Zainuddin dan sebagainya. Juga melalui dua PRK itu, apa kah Deklarasi Mahathir mempunyai kesan.

Bagi Bn, selain mahu mempertahankan dua kawasan itu, juga akan melihat apa kah berlaku pertambahan jumlah majoriti. Bagi pembangkang dan kumpulan Anti Najib yang diketuai Tun Dr Mahathir, bukan sahaja mahu melihat calon Bn kalah, akan tetapi setidak-tidaknya mengurangkan majoriti, jika Bn masih menang. 

Daripada segi jumlah undi yang bakal diterima calon-calon Bn, sangat bergantung kepada peratusan yang keluar mengundi, namun yang paling mustahak adalah jumlah majoriti, atas sebab jumlah majoriti akan menggambarkan sokongan terhadap Perdana Menteri dan Bn. Ramai yang menganggap bahawa melalui dua PRK itu, sebagai tolok ukur bagi Bn di Semenanjung bagi berdepan dengan PRK-14 yang bakal diadakan tahun 2018.

Bagi berdepan dengan dua PRK itu, Bn tidak seharusnya mengharapkan pertembungan antara calon-calon pembangkang, jika pembangkang gagal bersetuju untuk satu lawan satu, sebaliknya, perlu melihat sejauh mana perolehan atau sokongan pengundi terhadap Bn.

Pada PRK kali ini, Pengarah pilihanraya bukan lagi lazimnya diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, akan tetapi melantik pemimpin tempatan. Di Sungai Besar, Dato Noh Omar, manakala di Kuala Kangsar- Dato Zamri Kadir.

Sebelum tahun 2008, biasanya setiap PRK kerap berpihak kepada Bn, namun tidak selepas itu. Pada PRK kali ini, akan menguji, apakah penerimaan pengundi Semenanjung terhadap Perdana Menteri dan Barisan Nasional.
Para pemimpin Bn khususnya pemimpin Umno, terlah menyatakan, bahawa calon yang bakal dipilih, mempunyai kretiria sebagai calon boleh menang, calon disukai dan calon yang berjenama atau kebolehpasaran.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808