Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Mata Tertumpu Pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar

$
0
0
Pilihanraya Kecil (PRK) perlu diadakan pada kawasan P67 Kuala Kangsar, Perak dan P93 Sungai Besar, atas sebab dua kawasan itu kosong akibat kematian penyandang pada nahas helikopter 5 Mei di Kuching, Sarawak.

Ahli parlimen Kuala Kangsar- Dato Wan Mohannad Khairil Wan Ahmad dan Ahli parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon, merupakan penumpang helikopter yang terkorban bersama empat yang lain, termasuk suami kepada Datuk Noriah, Asmuni Abdullah.

Pada PRU-13 Mei 2013, Kuala Kangsar dimenangi Wan Mohammad dengan majoriti 1,082, manakala Datuk Noriah Kasnon menang di Sungai Besar dengan majoriti 399. Kedua-dua calon tersebut mengalahkan calon daripada Parti Pas.

Melihat kepada kecenderungan pencapaian calon Bn di dua kawasan itu sejak tahun 2004, majoriti kemenangan menurun dengan drastik. Untuk Parlimen Kuala Kangsar, pada PRU 2004 majoriti calon Bn 5,557 dan PRU 2008, 1,458. Manakala di Parlimen Sungai Besar, pada PRU 2004 majoriti adalah 7,349 dan PRU 2008 5,009.

Penganalisis politik tanah air, mengakui bahawa mata atau perhatian tertumpu pada dua PRK itu, untuk melihat sejauh mana sokongan rakyat kepada Barisan Nasional khususnya Perdana Menteri, sebelum PRU-14. 

Umum mengetahui, bahawa selain kritikan daripada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir terhadap kepimpinan Perdana Menteri, malah telah diwujudkan Deklarasi Rakyat yang diterajui mantan Perdana Menteri itu bersama-sama dengan parti pembangkang, serta beberapa pemimpin Umno termasuk mantan Timbalan Perdana Menteri- Tan Sri muhiyiddin Yassin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, Mantan Menteri Besar Kedah Dato Seri Mukhriz Mahathir. semata-mata mendesak agar DS Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Pada PRU-13, belum lagi wujud kritikan Tun Dr Mahathir terhadap DS Najib Razak, malah semasa pilihanraya itu, mantan Perdana Menteri masih menyokong kepimpinan Perdana Menteri, dan masih sebagai ahli Umno.

Sejak setahun lalu, mantan Perdana tersebut mempergunakan isu 1MDB, kemudiannya ditambah dengan wang derma RM2.6bilion seterusnya keluar daripada Umno, kemudiannya menubuhkan Deklarasi Rakyat ( Deklarasi Mahathir), kononnya untuk menyelamatkan Malaysia daripada DS Najib Razak.

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, akan dijadikan sebagai medan uji, bagi DS Najib Razak dan Tun Dr Mahathir. Melalui keputusan PRK itu, akan menggambarkan penerimaan sebenar rakyat Semenanjung kepada kepimpinan DS Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno selain Pengerusi Barisan Nasional. Keputusan PRK itu akan menggambarkan pola pengundian pada PRU-14 khususnya di Semenanjung.

Jika diambilkira keputusan PRN 11 Sarawak, nampaknya, dua negeri Sabah dan Sarawak, telah memutuskan terus bersama barisan nasional, namun pola pengundian di Sarawak, tidak mencerimankan pola pengundian di Semenanjung.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808