Laporan PAC Parlimen berkaitan 1MDB setebal 106 muka surat yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis, menyalahkan pengurusan yang diketuai CEO pertama syarikat gergasi itu Datuk Shahrol Azrai Ibrahim Halmi sebagai punca kemelut dalam syarikat itu.
Sesuai dengan laporan Ketua Audit Negara, setakat Januari 2016, jumlah hutang terakru syarikat itu adalah RM50bilion, lebih tinggi berbanding laporan awal RM42bilion.
Perincian berkaitan laporan Ketua Audit negara itu, tidak dapat dihebakan, atas sebab masih dikategorikan sebagai dokumen sulit/rahsia.
PAC dalam satu kesimpulannya, Shahrol merupakan biang kerok wujudnya kemelut dalam syarikat itu, antara lain peyebabnya, beliau kerap tidak mengikuti keputusan Lembaga Pengarah, malah ada tindakan beliau mendahului keputusan lembaga.
Ekoran kepada temuan dan kesimpulan itu, PAC mencadangkan, agar Shahrol disiasat kerana salah guna kuasa.
1MDB dijadikan alat untuk mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan, hanya kerana beliau merupakan penasihat kepada Lembaga Pengarah syarikat gergasi itu.