Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Media Menghukum DS Najib Razak

$
0
0
Tun Dr Mahathir begitu bangga sekali apabila 53 media antarabangsa turut sama menghukum Dato Seri Najib Razak.

Kemudiannya, mantan Perdana Menteri bertanya, apa kah kaum melayu terutama ahli atau penyokong Umno tidak malu, mempunyai Perdana Menteri yang terkenal kerana imej buruk.

Mereka yang menyedari dan mengetahui imej buruk yang cuba dipalitkan kepada DS Najib Razak, sebenarnya satu rekayasa daripada pihak-pihak tertentu yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir sendiri.

DS Najib menjadi bahan berita bermula apabila The Wall Street Journal (WSJ) pada 2 julai lalu membuat laporan berkaitan USD681milion yang dimasukkan ke dalam akaun beliau menjelang PRU-13, kononnya daripada 1MDB. Laporan WSJ tersebut kononnya memetik dokumen daripada pihak berkuasa negara yang tidak dinamakan yang sedang menyiasat 1MDB. 

Pada Mac 2015, DS Najib Razak sendiri telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk memeriksa 1MDB, dan kemudiannnya, PAC Parlimen pada Mei tahun yang sama turut menyatakan akan memeriksa syarikat gergasi milik Kementerian kewangan tersebut.

Salah seorang anggota PAC adalah Tony Pua, MP Petaling Jaya Utara daripada DAP. Tony, sejak tahun 2014 adalah orang yang kerap mempersoalkan 1MDB disamping MP Pandan Rafizi Ramli.

Kini, kedudukan berkaitan wang USD681milion semakin jelas, malah WSJ telah mengakui, sesuai dengan kenyataan DS Najib Razak sebelum ini, bahawa wang itu merupakan derma daripada penderma budiman daripada Arab Saudi. Dengan pengakuan itu, dengan sendirinya, WSJ mengakui, bahawa media antarabangsa itu ditipu oleh pihak tertentu di Malaysia, untuk mempercayai dokumen yang diberikan sebagai betul.

Dalam kedudukan sebegini, satu pertanyaan kepada Tun Dr Mahathir, siapa sebenarnya yang merasa malu? mereka yang merekaysa dokumen palsu? atau mereka yang percaya bahawa laporan media antarabangsa itu sebenarnya berpunca daripada dokumen tidak benar.

Tun Dr Mahathir cuba menegakkan benang basah, sambil menuduh, bahawa mereka yang menyokong dan mempercayai DS Najib adalah mereka yang dibeli dengan wang ringgit atau dalam istilah mereka pemakan dedak. AYT tidak terfikir demikian, kerana AYT membela DS Najib, hanya bersandarkan kepada keyakinan, bahawa Perdana Menteri di pihak yang benar.

AYT tidak mengenali sesiapapun orang-orang DS Najib, daripada pemandu atau tukang cuci apatah lagi para pegawai Perdana Menteri ke-6 itu. Jadi, oleh kerana AYT menyokong dan mempertahankan DS Najib, apa kah juga AYT sebagai pemakan dedak?.

Daripada mula lagi, sejak WSJ membuat laporan, sebelum itu Sarawak reports membuat tulisan bersiri berkaitan 1MDB, AYT telah yakin, ianya merupakan satu rancangan pihak tertentu untuk memalitkan imej buruk kepada DS Najib Razak. Pihak-pihak tertentu itu, mahu menghukum DS Najib Razak melalui media dan persepsi masyarakat umum. Mereka bertindak sebagai badan penyiasat, pedakwaraya juga sebagai hakim.

Apabila seseorang itu dipihak yang benar, betapa berat dan rancakpun menjatuhkan seseorang itu, maka ada sahaja kelompangan rancangan itu. Sebagai contoh, tindakan memerangkap DS Najib Razak dengan Kertas Pertuduhan yang diciptakan khas bagi memaksa beliu meletakkan jawatan tidak kesampaian, apabila berjaya dipintas, sebelum kertas pertuduhan dikuatkuasakan.

Kini, sesuai dengan perjalanan masa, isu-isu yang diarahkan kepada DS Najib, semakin hari semakin jelas, bahawa sebenarnya, tiada unsur salah guna kuasa, atau tidak unsur penyelewangan daripada beliau. 

Kembali kepada perasaaan malu, sebenarnya Tun Dr Mahathir and gang sendiri yang patut malu, kerana penyumbang kepada cerita-cerita palsu, dan pada masa yang sama 53 media antarabangsa, seharusnya merasa malu, kerana turut tertipu, kerana ikut membuat laporan berkaitan cerita yang direka dan tidak berasas.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808