Apa yang berlaku di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Ahad, yang dihadiri Mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir dan isteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tanpa Lim Kit Siang, Azmin Ali, Rafizi Ramli (PKR), Mahfuz Omar (Pas) dan Zaid Ibrahim dan lain-lain, bukan merupakan kongres rakyat seperti mana didakwa, akan tetapi kongres pembangkang.
Disebabkan perjumpaan itu, merupakan perjumpaan pembangkang, secara automtik, bukan mewakili seluruh rakyat, akan tetapi mewakili rakyat yang membangkang kerajaan Barisan Nasional.
Apa sahaja yang diucapkan melalui perjumpaan itu, merupakan ucapan yang membelasah kerajaan, bukannya atas kepentingan seluruh rakyat.
Sudah menjadi adat pembangkang, tiada apapun kerajaan buat merupakan perkara elok, melainkan semuanya salah.
Dalam perjumpaan itu, isu berkaitan 1MDB, wang derma RM2.6bilion dan wang sumbangan sosial SRC International, merupakan perkara-perkara yang menjadi tumpuan.
Jika, mereka-mereka yang berkumpul itu, terdiri mereka-mereka yang rasional, sudah tentu telah menerima jawapan atau penjelasan berkaitan tiga isu itu. Oleh kerana, mereka-mereka yang hadir itu, tidak boleh lagi menerima jawapan atau penjelasan yang berasaskan fakta dan kebenaran, maka sampai kiamatpun, hati mereka tertutup.
Rakyat negara ini, perlu menerima hakekat, bahawa dalam negara ini, rakyat sudah terbahagi dua, iaitu mereka yang boleh menerima kebenaran dan yang tidak.