Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Umno Bukan Milik Najib

$
0
0
Parti Umno menang kah kalah, terletak pada ahlinya. Jatuh bangun parti terletak pada ahli 3.4juta. Pemimpin sebahagian daripada ahli. Pemimpin silih berganti. Institusi parti perlu diteruskan.

Parti bukan milik pribadi. Tidak benar dakwaan Tun Dr Mahathir, parti milik DS Najib, sebab itu mantan Perdana Menteri keluar parti. Yang pasti benar, Tun kecewa kerana gagal turunkan DS Najib sebagai Perdana Menteri. 

Kata bidalan cina, tiada dua harimau dalam satu bukit. Jika berlaku, maka yang terjadi seperti mana kita sama-sama saksikan. DS Najib mempertahankan diri, sementara Tun Dr Mahathir terus mengasak. Kerana pertahanan DS Najib kukuh, maka beliau tidak tumbang. Tun kehilangan tenaga, kehabisan nafas, kerana di mamah usia, maka terpaksa akur, dan keluar parti.

Akur kalah tidak semestinya mengalah. Itulah Tun Dr Mahathir. Bagi Tun, biar kampung tergadai, biar putih mata, jangan putih tulang. Tun bersengkokol dengan musuh, menambah kekuatan. Yang penting DS Najib Razak kalah. Yang penting Umno kalah. Yang penting Bn kalah. 

Kepada ahli parti, anda-anda perlu memahami kelibat Tun. Tun tidak rugi satu senpun, jika Umno kalah. Tun tidak kehilangan apapun jika BN kalah. Malah jika itu berlaku, maka Tun “redeem” namanya daripada pembangkang. Tun dipuja pembangkang hingga ke akhir hayat.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808