BETUL pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ranau mendapat peruntukkan Petronas, akan tetapi ianya hasil tindakan ke hadapan kerajaan Negeri, era Tan Sri Musa Aman.
MRSM ke-56 negara itu, dibina di atas 30 ekar tanah di Ranau, mula dirancang pada tahun 2015, dan pembinaannya bermula pada tahun 2018.
Penyiapan maktab itu terganggu kerana Pandemik Covid-19, dan siap setahun daripada jadual.
Maktab yang dilengkapi berbagai kemudahan termasuk rumah guru, asrama, dan kemudahan sukan, boleh menempatkan 450 orang pelajar.
Pecah tanah pembinaan Maktab yang berkos RM130 juta itu disempurnakan oleh mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman pada 26 Oktober 2017.
Bermula tahun hadapan, maktab itu akan menerima pelajar baharu.
Pembinaan kemudahan sekolah seperti MRSM boleh membantu strategi kerajaan negeri mempertingkatkan jumlah pelajar yang mengikuti aliasan sains dan matematik, untuk memperkasa kemahiran sains, Teknologi dan Matematik (STEM).
Kini Sabah mempunyai 6 maktab MRSM termasuk MRSM Ranau, iaitu MRSM Tan Sri Musa Aman (dahulu MRSM Kota Kinabalu), MRSM Tun Mustapha, MRSM Tawau, MRSM Tun Muhammad Fuad Stephen Sandakan dan MRSM Semporna.