Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Desak DS Najib Letak Jawatan: Apa Kah Tun Dr Mahathir Tidak Bosan?

$
0
0
APAKAH Tun Dr Mahathir tidak bosan mendesak DS Najib Razak letak jawatan? Perdana Menteri berkali-kali menyatakan TIDAK AKAN SEKALI MENYERAH, malah akan meneruskan tugas sehingga Dewan Rakyat dibubarkan. 

Cuba bayangkan kuasa ditangan DS Najib. Perdana Menteri hanya akan meletakan jawatan jika kehilangan sokongan. Telah dibuktikan majoriti ahli parlimen Bn menyokong Perdana Menteri ke-6 itu. Dua kejadian menunjukkan bahawa DS Najib mendapat sokongan. Pertama semasa menggantung Lim Kit Siang dan kedua usul menolak bajet2016 oleh pihak pembangkang.

Di peringkat Majlis Tertinggi parti pula, Presiden mendapat sokongan padu. Manakala di peringakat bahagian Umno, sekurangnya 156 bahagian menyatakan sokongan padu. Melihat mekanisme perlantikan Perdana Menteri dan kedudukan Perdana Menteri, tiada cara untuk mempaksa DS Najib meletakan jawatan.

Gerakan menggunakan undang-undang dengan menggunakan isu RM2.6bilion dan 1MDB juga tidak berjaya, kerana Peguam negara telah menyatakan bahawa DS Najib tidak melakukan salah laku. 

Berasaskan kepada keadaan itu, apak kah Tun Dr Mahathir masih tidak faham? atau benarlah kata Menteri Komunikasi dan Multimedia- Datuk Dr Salleh Tun Said, bahawa keadaan mantan Perdana Menteri seperti kaset rosak!!!.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808