Memang betul, wang dimasukan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, tetapi akaun itu diuruskan oleh beberapa individu yang telah dilantik sebagai pemegang amanah. Seharusnya perkara ini dihibahkan, agar mereka yang suka sangat mengikuti isu ini menjadi jelas.
Berasaskan kepada kenyataan Peguam Negara- Tan Sri Apandi Ali, Dato Seri Najib tidak mengetahui bahawa RM42 juta daripada SRC International dimasukan ke akaun beliau, ertinya ada yang mengaku mengurus akaun peribadi Perdana Menteri yang mengatur kemasukan wang itu tanpa pengetahuan si pemilik akaun. Individu yang diberi amanah itu boleh berbuat demikian berasaskan surat akuan berkanun yang menyatakan perlantikan beliau sebagai pengendali kepada akaun yang dimaksudkan.
Sebagai Peguam Negara, beliau telah mempertimbangkan semua sudut daripada segi undang-undang berkaitan dengan akaun peribadi itu. Adalah tidak amanah, jika beliau tidak bertindak betul sesuai dengan undang-undang semasa memutuskan, bahawa tiada salah laku rasuah atau salah guna kuasa berkaitan pengendalian akaun peribadi yang diurus oleh pemegang amanah kepada akaun tersebut.
Mereka yang mengeritik keputusan Peguam Negara yang memutuskan bahawa tiada salah laku yang boleh dikaitkan dengan Perdana Menteri sebenarnya tidak sedar bahawa akaun peribadi Perdana Menteri itu sebenar diurus oleh pemegang amanah yang dilantik.
Memang diakui, bahawa isu dimasukan wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri bukan isu kompleks, ertinya ‘straight forward’ seperti dakwaan sesetengah pihak yang mempergunakan sumber daripada SPRM, walaupun secara terang, tiada pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan berterus terang berkaitan dengan dakwaan itu, namun apa yang tidak diperkatakan adalah status akaun peribadi Perdana Menteri itu. Seharusnya, untuk merungkai kekeliruan and berbagai persepsi, perlu ada pihak-pihak yang memperjelaskan berkaitan status akaun tersebut. Seharusnya, pihak SPRM lah yang menjelaskan status akaun itu, namun malangnya agensi itu lebih fokus kepada siasatan mencari silap untuk tujuan pendakwaan, bukannya mencari APA YANG SEBENARNYA. Memang tugas SPRM mencari unsur-unsur jenayah rasuah, akan tetapi juga, agensi itu boleh bertindak bagi maksud pencerahan, agar supaya rakyat mendapat maklumat betul and benar sesuai dengan keadaan yang sebenar-benarnya.
Tan Sri Apandi Ali, melihat semua sudut dalam keputusannya berkaitan tiga kertas siastan yang dijalankan SPRM. Besar kemungkinan siasatan itu, tidak menyeluruh, ertinya tidak menjelaskan duduk perkara yang sebenarnya, akan tetapi siasatan itu, hanya mencari unsur-unsur jenayah dengan mengnyahkan unsur-unsur kebenaran berkaitan kes yang disiasat. Sebagai peguam negara, beliau terikat untuk menyatakan semua kebenaran secara adil and saksama, agar tidak tersalah dakwa atau tuduh, seperti mana berlaku pada kes-kes lain yang yang dikatakan berunsur rasuah, kemudiannya selepas berbulan-bulan malah bertahun dibicarakan di mahkamah, akhirnya mahkamah mendapati tiada kes. Kerana tindakan gelojoh, maka seseorang yang menjadi Orang Kena Tuduh (OKT) menjadi cemuhan bertahun-tahun, walaupun kemudian didapati tiada kes, tetapi kata orang “The Damage Has Been Done”. Tidak sedikit pemimpin yang menjadi OKT antaranya Tan Sri Kasitah Gadam, Tun Liong Ling Sik, Dato Saidin Thamby, Dato Ramli Yusof and ramai lagi, yang kemudian didapati tiada kes and tidak bersalah, namun, kedudukan yang mereka lepaskan tidak kembali lagi. Bayangkan jika Peguam Negara gelojoh mendakwa DS Najib Razak, walaupun pada hematnya, tiada asas kukuh untuk pendakwaan. And jika DS Najib Razak didakwa, maka beliau terpaksa meletakan jawatan. Apa akan jadi, jika suatu hari nanti bahawa tuduhan kepada beliau didapati tiada kes!!!, apa kah boleh mengembalikan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri??? Lu Fikirlah sendiri.