Kalau pemimpin pembangkang berkempen menjatuhkan DS Najib, memanglah, kerana tugas mereka demikian. Akan tetapi, jika ada pemimpin satu parti berkempen menjatuhkan Perdana Menteri, itu namanya, menentang kepimpinan.
Bermula pertengahan tahun lalu, kempen menjatuhkan Perdana Menteri (AYT hanya merujuk kepada pemimpin satu parti) dimulakan oleh Mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir Mohammad. Fokus utama mantan PM itu menjatuhkan PM ke-6, mempergunakan 1MDB sebagai bom, dan kemudiannya diikuti oleh wang derma RM2.6bilion.
Pada masa itu, apa sahaja penjelasan berkaitan 1MDB, semuanya tidak diterima, termasuk rancangan rasionalisasi syarikat gergasi milik Kementerian kewangan itu. Apa yang pelik, dua pemimpin kanan parti dan kebetulan seorang menjawat jawatan Timbalan Presiden dan seorang lagi menteri kanan, selaku menteri KKLW, ikut menjadi sebahagian daripada kumpulan menjatuhkan Perdana Menteri, walaupun tindakan mereka secara tidak langsung, namun secara berkias. Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Dato Shafie Apdal, hanya fokus kepada 1MDB, kononnya, kenyataan mereka, ingin membantu Perdana Menteri merungkai masalah yang didepani syarikat itu.
Pada pertengahan tahun lalu juga, DS Najib meminta pengeritik 1MDB agar menunggu siasatan daripada pihak yang diminta menyiasat syarikat itu, termasuk Ketua Audit Negara, SPRM, Bank Negara dan PAC Dewan Rakyat, untuk mengenal pasti, apakah benar, ada berlaku salah guna kuasa dalam syarikat itu, sehingga mengumpul hutang sehingga RM42bilion. Namun, mereka yang mahu Najib letak jawatan, tidak sabar menunggu temuan siasatan, sebaliknya serangan bertali arus dijalankan, termasuklah bantuan media asing seperti The Wall Street Journal, New York Times, dan portal pemitnah Sarawak Reports.
DS Najib merupakan pemimpin yang disifatkan telah tamat ilmu, sehingga, apa sahaja serangan kepada beliau, beliau tetap steady, malah mengeluarkan kenyataan, bahawa beliau tidak akan mengalah dan tidak akan sesekali meletakan jawatan. Pendirian beliau itu, disebabkan mendapat sokongan padu daripada ahli majlis tertinggi parti, kabinet beliau dan juga Ketua-Ketua Bahagian Umno. Bukan setakat itu sahaja, semua pemimpin komponen parti Bn, tetap teguh berdiri di belakang beliau.
Kempen menjatuhkan Najib, hampir tiba ke garisan penamat, apabila mereka gagal menolak Bajet2016 melalui kolaborasi dengan parti pemabangkang, apabila melalui undian, 128 wakil rakyat menyokong, manakala yang menolak 74. (Bn secara keseluruhan mempunyai 134 ahli parlimen). Sebelum itu, ujian ke atas kepimpinan DS Najib, masih diterima kah tidak, apabila masa pengundian penggantuang MP veteran DAP, Lim Kit Siang, di undi yang setuju melebihi jumlah MP Bn.
Apabila PAU yang berlangsung pada Disember 2015, disitu, para kempener yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, bukan sahaja kalah TKO akan tetapi knock out.
Tidak dinafikan kempen menjatuhkan Perdana Menteri memang berimpak. Ini terbukti, apabila Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menolak kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, di mana Bn untuk pertama kalinya kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, dan tidak mampu diperbaiki pada PRU-13, apabila jumlah kerusi Bn berkurang 7 berbanding pencapaian pada PRU-12 (Tahun 2008), iaitu daripada 140 ke 133.
Tidak dapat dipastikan apa kah impak kempen menjatuhkan DS Najib yang gagal mempunyai impak kepada BN pada PRU-14, namun apa yang pasti, rakyat sudah mula sedar, bahawa kepimpinan DS Najib sebenarnya, lebih condong kepada pembelaan rakyat jelata, berbanding tauki-tauki besar, seperti yang berlaku semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir.
Pada masa ini dan seterusnya, apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang berdiri teguh di belakang Perdana Menteri, adalah menjalankan penerangan secara terus menerus, berkaitan kedudukan kerajaan dalam semua segi, apa kah soal-soal ekonomi dan semacamnya.
Peranan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama-sama agensi di bawah kementerian itu, mempunyai tugas berat. untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan Bn, seperti mana pernah dilakukan oleh Kementerian dan jabatan-jabatan di bawah naungannya semasa post kemerdekaan.
Kata orang, untuk kejayaan sesuatu organisasi, perlu diletakkan orang yang tepat dan sesuai. Dan Dato Seri Najib memang tidak salah, apabila melantik Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said bagi menerajui kementerian itu.