Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2843
↧

WARNA WARNI PELANCARAN PARTI GAGASAN RAKYAT

$
0
0
CUKUP luarbiasa sambutan pelancaran parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di Kota Kinabalu pada Khamis.

Selain kehadiran penuh para pemimpin parti itu, kehadiran para pemimpin komponen GRS dan parti-parti sahabat pada gabungan tersebut turut juga meramaikan majlis pelancaran parti itu yang disempurnakan oleh Presiden parti itu yang juga Ketua Menteri.

Keterujaan rakyat menyokong parti lokal yang mewarnai gabungan berbagai parti dalam GRS sangat ditunggu-tunggu kewujudannya.

Adalah satu harapan, agar parti baharu tersebut bersama GRS, bakal menjadi parti dominan di bumi Sabah bukan untuk sepenggal akan tetapi dalam jangka masa  panjang.

Melihat keceriaan mereka yang hadir, adalah satu gambaran, bahawa tiada keraguan bagi rakyat menyokong parti itu.

Parti baharu tersebut, akan menjadi platform perjuangan rakyat Sabah dalam Persekutuan Malaysia, yang bersesuaian dengan aspirasi rakyat di negeri di bawah bayu tersebut.

Julung kalinya di Sabah,  kerajaan negeri dibentuk berasaskan gabungan parti-parti tempatan, selepas 6 kali perubahan bentuk kerajaan negeri sejak tahun 1963.

Perubahan senario politik ini, sebagai hasil pasca PRU-14, yang mengubah corak dan pola perjalanan politik tanah air.

Oleh kerana perubahan senario politik tersebut, sehingga timbul keinginan untuk menjadikan parti tempatan sebagai peneraju politik negeri, agar aspirasi rakyat benar-benar dapat diterjemahkan dan diangkat di peringkat nasional.

Selepas pelancaran, kemudiannya dilantik ketua-ketua bahagian bersama-sama dengan ahli jawatan kuasa di setiap Dewan Undangan Negeri, maka bermula lah proses merakyatkan parti itu, agar mempermudah semasa pilihan raya, supaya setiap calon parti itu menang kerusi di kawasan masing-masing.

Para pemimpin dalam tulisan ini, adalah sebahagian daripada pemimin parti itu yang nantinya akan menyusun atur kawasan-kawasan masing, selain juga di peringkat negeri, kerana pada mereka lah disandarkan jatuh bangunnya parti.
↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2843

Latest Images

Trending Articles


Tonton Episod Akhir Imam Mudaku Romantik; Astro Prima/ Maya HD


Bau Perfume Louis Vuitton


Contoh Karangan Autobiografi yang Terbaik


Senarai Artis Malaysia Yang Kantoi Bogel!


Kisah Seorang Gay : Takdir atau Pilihan


Bunga Kobis dan Broccoli Goreng Ala Mamak


Label Papan Kenyataan dalam Bilik Darjah


Novel : Kahwin Ganti 1


Novel : Perempuan Lindungan Kaabah 1


Novel : Sebenarnya, Saya isteri dia! 1