Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Harga Minyak Turun Menjunam!!!! Releven Lagi Kah Royalti minyak???

$
0
0
Kalau melihat keuntungan bersih Petronas tahun 2014 dibandingkan dengan Tahun 2015, ianya turun hampir 91 peratus daripada RM15.1bilion kepada RM1.4bilion. Malah negeri yang secara berkala mendapat royalti minyak, Sabah telah membuat unjuran, bahawa tahun 2016, hanya akan mendapat RM900 juta. Melihat kepada keuntungan bersih Petronas itu, pendapatan kerajaan melalui cukai petroleum juga menunjam.

Berdekad lamanya, negara menikmati pendapatan daripada hasil petroleum, namun akibat menjunamnya harga minyak hitam itu di pasaran dunia, maka telah memberi impak yang sangat ketara kepada pendapatan negara. Banyak yang mengandaikan, kerana harga minyak menurun, maka nilai ringgit juga menurun. Melihat kepada trend kepada kedua-duanya, macam ada kebenarannya, kerana kadar penurunan harga minyak hampir selari dengan penurunan nilai ringgit.

Di Sabah and Sarawak, isu royalti menjadi permainan para pemimpin politik, malah rakyat disogokkan dengan berbagai janji, bahawa jika mereka menguasai kerajaan, maka royalti dinaikkan daripada 5 peratus ke 10 atau 20 peratus. Melihat kepada menurunnya pendapatan daripada minyak, kerana impak kepada lebihan penawaran di pasaran dunia yang mengakibatkan harga turun dengan drastiknya, bukan sahaja pendapatan daripada minyak mengecil, malah industri itu dikatakan hampir tidak berdaya maju lagi.

Dengan keadaan industri minyak untuk masa sekarang, tidak lagi menjanjikan pendapatan yang lumayan, masih ada pemimpin lagi kah yang mahu menjanjikan, jika menguasai kerajaan, maka bayaran royaliti dinaikkan??? Kalaupun, masih juga menjanjikan, boleh sahaja janji itu di atas kertas, tetapi tidak mempunyai nilai kewangan.

Melihat kepada keadaan perekonomian global masa kini and akan datang, negara pengeluar komoditi pertanian atau perkebunan boleh menjadikan produk mereka sebagai primadona perekonomian negara berkenaan. Bagi Malaysia, beruntung kerana merupakan pengeluar minyak kelapa sawit ke dua terbesar dunia and pengeluar susu getah. Kelebihan kepada dua komoditi itu, kerana kedua-duanya berorentasikan eksport, ertinya, pendapatan dalam segi ringgit kelihatan besar, kerana akibat penurunan nilai ringgit.

Untuk sementara, Malaysia hanya ada kelapa sawit and getah, untuk menyelamatkan ekonomi, tanpa dua komoditi itu, negara akan berdepan dengan peluang mendapatkan pendapatan untuk negara.

Sepintas lalu, negara masih mendapat pendapatan untuk tujuan pembangunan melalui pencukaian baru (GST), namun pencukaian baru itu, menguntungkan negara secara jangka pendek, akan tetapi membebankan dalam jangka masa yang panjang, iaitu melalui dua cara, pengguna kehilangan daya beli, manakala penguasaha atau peniaga kehilangan peluang meningkatkan produkti, kerana kurangnya permintaan. Apabila peniaga/pemguasa dapat meingkatkan produkti, maka menutup peluang membuka cawangan baru, ertinya peluang pekerjaan yang ditawarkan juga nihil. Bagi negara, untuk mengatasi masalah ini, maka perlu membuka peluang kepada komoditi baru yang berorentasikan eksport, agar supaya banyak dollar masuk ke dalam negara yang boleh dijadikan sebagai modal pelaburan untuk membuka kilang-kilang baru atau perniagaan baru untuk mencipta peluang pekerjaan.

Komoditi Halal misalnya untuk pasaran negara-negara islam, perlu dipertingkatkan, kerana melaluinya, peluang kemasukan dollar ke negara ini impak kepada eksport akan menutup kehilangan pendapatan daripada industi minyak.

Negeri-negeri yang mempunyai tanah pertanian/perkebunan yang masih luas seperti Sabah, Sarawak, Pahang and Johor perlu dibantu oleh kerajaan Persekutuan membuka ladang-ladang kelapa sawit atau getah, juga tanaman kontan lainnya bagi mendorong peningkatan komoditi untuk eksport.

Kata orang-orang tua berbudi kepada tanah, mempunyai jaminan masa depan yang cerah, di mana sebelum ini merupakan landasan perekonomian negara, namun ditinggalkan selama 22 tahun semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

Pada Tahun 2004, mengembalikan landasan negara ini kepada bentuk agrarian dicetuskan oleh Mantan Perdana Menteri ke-5, melalui konsep agropoliten and segi tiga koridor, namun ianya tidak berjaya dilaksanakan kerana singkatnya pemerintahan beliau.

Pada Tahun 2009, selepas Perdana Menteri sekarang mengambil alih tampuk pemerintahan, beliau mengimplimentasikan perekonomian yang bercorak industri yang berimpak tinggi sebagai game changer, namun, keterbatasan modal insan and teknologi serta berlakunya fenomena perekonomian global yang tidak menentu, membuatkan industri berimpak tinggi itu, tidak membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat secara umumnya. Malah, jika benar satu laporan, bahawa pada tahun 2015, terdapatnya 400,000 graduan sedang menganggur, kerana tidak dapat menggunapakai, ilmu yang dipelajari semasa di instituasi pengajian tinggi.

Bagi berdepan dengan fenomina perekonomian dunia, apa kah negeri-negeri yang mempunyai kawasan balak, mahu membuka semula industri itu??? fikir-fikrkan lah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808