Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

HAJIJI PERLU SEORANG ADUN LAGI UNTUK KUASA 2/3 DI DUN SABAH

$
0
0
PADA selesa, Parti PKDM bersama 3 ADUN melakukan pusingan U, apabila membuat ketetapan menyokong semula Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

PKDM yang dipimpin Datuk Peter Anthony pada awal Januari lalu mendesak Hajiji meletakkan jawatan, kerana mendakwa Ketua Menteri tersebut kehilangan sokongan majoriti, apabila Umno Sabah yang diketuai Datuk Bung Moktar Radin menarik sokongan.

Akan tetapi, semasa Sidang Khas Dun Sabah pada 10 Januari, tanpa dihadiri oleh semua ADUN Warisan, PKDM dan 13 ADUN Umno, terbukti Hajiji masih mempunyai sokongan majoriti, apabila 44 ADUN daripada 76 menyokong.

Kini, selepas 3 ADUN PKDM memberikan sokongan, Hajiji hanya memerlukan seorang ADUN lagi untuk mendapatkan sokongan 2/3. Sokongan 2/3 ada lah 51 daripada 76 ADUN.

Pada Mac depan, dijangka Rang Undang-Undang Anti Lompat akan dibentangkan. RUU tersebut memerlukan sokongan 2/3.

Nampaknya kestabilan politik Sabah semakin terwujud.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808