Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Siasatan Terhadap SRC International dan RM2.6bilion- Peguam Negara Perlu Hibahkan ?

$
0
0
Hanya Peguam Negara yang mempunyai kuasa meghibahkan jika memutuskan untuk tidak membuat sebarang dakwaan berkaitan siasatan terhadap isu RM42juta daripada SRC International dan wang derma RM2.6bilion.

Memandangkan dua isu itu menjadi perhatian orang ramai, maka apapun keputusan yang bakal dibuat jika diputuskan bahawa siasatan tidak mempunyai fakta kuat untuk membuat pendakwaan ke mahkamah, peguam negara mempunyai obligasi kepada rakyat negara ini, untuk mengemukakan alasan munasabah, mengapa beliau tidak dapat membuat sebarang dakwaan.

Menurut Artikel 145 (3) Perlembagaan Persekutuan, peguam negara mempunyai kuasa mutlak dalam membuat sebarang keputusan berkaitan sesuatu kes untuk pendakwaan, termasuk berkaitan dengan siasatan SPRM. 

Peguam negara hanya perlu membuat ulasan, samada meneruskan kes atau tidak (No further action @NFA), namun bagi isu RM42juta wang SRC International dan RM2.6bilion, tidak semudah itu peguam negara yang juga pendakwaraya boleh memutuskan NFA, atas sebab, dua isu itu telah menjadi perhatian rakyat.

Sebaliknya, jika terdapatnya pendakwaan, maka orang ramai boleh mengetahui berkaitan kes itu di mahkamah.

Dalam situasi sekarang, kerana siasatan terhadap dua isu itu belum dimuktamadkan , tiada sesiapa yang boleh menghibahkan hasil siasatan.

Ada pihak-pihak tertentu mendakwa, bahawa besar kemungkinan, tidak akan ada pendakwaan, berikutan kenyataan tidak langsung daripada Pengerusi SPRM, bahawa dalam menyiasat dua isu itu pihak SPRM tidak menerima sebarang gangguan daripada mana-mana pihak, serta siasatan itu merupakan kes yang amat mencabar yang pernah beliau depani, dikatakan sebagai signal, kepada rakyat agar mempercayai jika tiada sebarang dakwaan dibuat, maka sahlah memang tidak berlaku jenayah rasuah terhadap dua isu itu.

Pihak-pihak yang mahu mesabitkan Perdana Menteri terhadap dua isu itu, cuba mendahului masa dan keadaan, jika berlaku, tiadanya pendakwaan, maka, mereka dengan mudah menuduh atau mendkawa, bahawa Peguam negara atau SPRM hanya bersandiwara.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808