Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Halangan Kerjasama Umno and Pas

$
0
0
Apa yang pasti penghalang utama kerjasama politik antara Umno dan Pas adalah para pemimpin kedua-dua parti tersebut. Walaupun setakat ini, belum ada pemimpin Umno menolak cadangan itu, akan tetapi di pihak Pas, sejak awal-awal lagi Timbalan Presiden parti itu menolak sebarang kerjasama dengan Umno.

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man, malah pada 14 Disember, 4 hari selepas Presiden Umno menghulurkan salam kerjasama melalui ucapan di depan perwakilan Umno semasa PAU2015, mengatakan, parti Pas tidak sanggup mendukung biawak hidup. Kenyataan itu, bukan satu bentuk penolakan, akan tetapi bentuk penghinaaan kepada parti Umno.

Tuan Ibrahim, tidak keseorangan, sebabnya dua Naib Presiden parti itu juga, aitu Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Samad, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Idris Ahmad, kedua-duanya turut senada dengan Timbalan Presiden Pas itu, malah kenyataan dua Naib presiden itu, lebih keras, seakan-akan mewarisi pendirian Allahyarham Dato Seri Nik Aziz Nik Mat.

Melihat kepada situasi dalam Pas, nampaknya orang nombor, tiga and empat dalam parti itu tidak senada dengan pendirian nombor satu parti. Bukan itu, sahaja, salah seorang pemimpin Pas yang juga MP- Mahfuz Omar, juga tidak menyahut salam daripada Presiden Umno.

Walaupun Presiden Umno dan Pas berkongsi pentas, berpakaian sedondon semasa multaqa alumni Al Azhar, nampaknya, tantangan Presiden Pas itu untuk bekerjasama dengan Umno, cukup hebat, dan jika diteruskan, kemungkinan Pas akan berpecah lagi, selepas sebahagian pemimpin parti itu menubuhkan parti Amanah atau Presiden parti itu, akan mengikuti jejak para pemimpin parti itu yang dipecat, antara lainnya Asri Muda.

Nampaknya para pemimpin Pas yang diketuai Tuan Ibrahim, hanya melihat, untuk parti itu menawan Putrajaya, adalah melalui perpecahan umat melayu dan islam, dan menginginkan kaum cina bersatu dalam Pakatan Harapan, sebagai kaedah.

Terlihat benar, bahawa pemimpin melayu/islam terpengaruh, bahawa jika kaum melayu/islam bersatu merupakan tindakan salah dan perlu dikecam, akan tetapi jika kaum cina bersatu melalui DAP, maka sesuatu yang terpuji.

DAP, sudah mencanangkan, bahawa pada PRU-14, 95 peratus pengundi kaum cina akan berdiri teguh dibelakang DAP-PKR-Amanah. Melalui anggapan itu, ertinya parti komponen Bn, MCA dan Gerakan sebenarnya, tiada lagi. Memang di atas kertas, semua wakil rakyat daripada MCA dan Gerakan, sebenarnya adalah kawasan melayu atau kawasan campuran, di mana komposisi pengundi kaum melayu lebih tinggi.

Melihat kepada keadaan itu, para pemimpin Pas melihat, adalah lebih baik merampas Putrajaya melalui perpecahan melayu, berbanding penyatuan kaum terbesar dalam negara itu.

Para pemimpin Pas yang diketuai Tuan Ibrahim, kaum melayu yang diwakili Umno perlu dikorbankan, kerana, menurut mereka, semua ahli Umno telah melakukan dosa besar kepada Pas. Dengan pendirian itu, seolah-olah, mereka telah menghukum para ahli Umno dengan menggunakan kuasa Tuhan, kerana dosa and pahala, hanya milik Tuhan.

Melihat kepada keadaan ini, nampak sangat, kerjasama Umno and Pas tidak akan berlaku, kerana kenyataan-kenyataan para pemimpin utama Pas yang diketuai Timbalan Presidennya mengoris hati dan perasaan akar umbi Umno. AYT yakin, Presiden Umno, tidak akan mampu meminta para ahli akar umbi parti itu untuk melupakan dengan mudah kenyataan-kenyataan para pemimpin Pas yang dikemudi Tuan Ibrahim Tuan Man.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808