Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

GERAKAN TUBUH KERAJAAN PINTU BELAKANG SABAH GAGAL

$
0
0
ADUN-ADUN Parti Warisan berkumpul di sebuah hotel di Kota Kinabalu pada petang Khamis dan telah menjemput media untuk membuat liputan sidang akhbar Presiden parti itu yang dijadualkan pukul 4.30 petang, akan tetapi pada akhirnya dibatalkan tanpa penjelasan lanjut apabila presiden itu tidak muncul.

Bertempat di Bangunan Umno Sabah pula, beberapa ADUN Umno dikatakan membuat pertemuan dengan Ketua Umno Sabah- Datuk Bung Moktar Radin, namun tiada kenyataan akhbar mengenai hasil pertemuan tersebut.

Melihat gambar dikongsikan menerusi berita on-line, Bung disertai antara lain oleh ADUN Usukan Datuk Salleh Said Keruak, dan ADUN lantikan- Datuk Raimi Unggi.

24 jam sebelum jadual sidang akhbar Presiden Warisan, berlegar-legar cerita, gerakan menubuhkan kerajaan pintu belakang kononnya telah mendapat 13 surat akuan bersumpah (SD) daripada 17 ADUN Umno selain 19 ADUN Warisan.

Kemungkinan penyebab batalnya sidang akhbar presiden Warisan itu, kerana gerakan itu gagal mengumpul sekurang-kurangnya 40 SD.

Kerana gagalnya gerakan tersebut, kedudukan Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri kekal kukuh, dengan sokongan 54 ADUN termasuk 7 ADUN Umno yang asalnya memberikan SD sokongan pada kerajaan pintu belakang, akan tetapi berpatah balik, manakala ADUN yang tidak akan berhenti melakukan gerakan menjatuhkan kerajaan kini berjumlah 25 termasuk 6 daripada Umno.

Apa yang jelas, Kerajaan Sabah yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor kekal mendapat sokongan majoriti ADUN Sabah, kerana rata-rata berpandangan, masa ini adalah masa bekerja untuk membangun negeri selain merancakkan perekonomian negeri untuk membantu rakyat daripada tekanan inflasi dan peningkatan kos sara hidup.

Tindakan menubuhkan kerajaan pintu belakang yang digerakkan Shafie ada lah kali ketiga, yang mana kali pertama berjaya selepas PRU-14, usaha ke-2 selepas PRN-16 mengalami kegagalan, dan gerakan kali ke-3 gagal total.

Apa yang mengecewakan, ada lah pengelibatan ADUN-ADUN Umno menumbangkan kerajaan bersama GRS yang telah diberi mandat oleh rakyat pada PRN ke-16 negeri.

Pada PRU-14 juga, kerajaan BN yang diterajui Tan Sri Musa Aman ditumbangkan oleh 4 ADUN Umno apabila berpaling tadah menyokong Datuk Shafie Apdal untuk membentuk kerajaan pintu belakang. Pun demikian para ADUN tersebut telah menebus kesalahan, apabila turut sama menumbangkan kerajaan yang diterajui Shafie pada Julai 2020 yang membolehkan GRS-BN mengambil alih kerajaan pada September 2020 menerusi pilihan raya.

Lazimnya, apabila suatu gerakan yang gagal apa tah lagi mereka itu sebahagian daripada kerajaan yang mahu ditumbangkan, sepatutnya bertanggungjawab pada tindakan mereka itu, termasuk meletakkan jawatan, tidak perlu menunggu untuk disingkir, apa tah lagi buat-buat tidak tahu, dan kekal pada kedudukan masing-masing.

Mereka ini jikapun menyesali tindakan mereka, setidak-tidaknya meninggalkan parut dan terpalit dengan perbuatan tidak setia, selain itu juga kehadiran mereka boleh menjadi agen duri dalam daging pada kerajaan atau terburuk, musang dalam reban ayam.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808