1. Musuh Umno, tidak akan sudi menerima pertautan para pemimpin Umno. Mereka ini faham dan tahu benar, apabila para pemimpin bertaut, maka Umno akan kembali kuat.
2. Bukti telah sama-sama kita lihat, apabila para pemimpin parti berpecah, maka parti menjadi lemah. Tahun 1990, Umno/Bn kehilangan negeri Kelantan, apabila timbulnya perpecahan pemimpin tahun 1987. Tahun 1999, Umno/Bn kehilangan Negeri Terengganu, akibat perpecahan pemimpin Umno. Tahun 2008, Umno/Bn kehilangan kuasa 2/3 Dewan Rakyat, serta lima negeri, akibat perpecahan pemimpin Umno.
3. Pada PRU-13, dikeranakan para pemimpin Umno bertaut, maka dapat menambah jumlah kerusi kemenangan daripada 79 dimenangi Tahun 2008 kepada 88, walaupun Umno berdepan dengan Ibu kepada semua pilihanraya di negara ini.
4. Musuh Umno, tidak pernah berdiam diri. Mereka bukan sahaja secara terang-terangan menyerang, akan tetapi menggunakan serangan gerilia dengan mempergunakan orang dalam melemahkan parti.
5. Musuh Umno, tahu benar melawan Umno secara berdepan, tidak akan berjaya, kerana terbukti melalui 13 kali PRU, kerajaan yang ditunjangi Umno masih mempertahankan kerajaan yang dibentuknya sejak merdeka.
6. Para musuh Umno, tidak secara langsung dapat mempengaruhi pemimpin Umno, akan tetapi berjaya menyusup masuk sebagai orang kepercayaan/suruhan/keldai dan sebagainya kepada pemimpin Umno. Mereka yang berjaya masuk ini, sungguh pintar berlakon, sehingga hilang nyawapun tetap menyokong pemimpin yang dijadikan sebagai alat melemahkan parti daripada dalam.
7. Benar juga, Umno cuba dilemahkan, dengan mengaitkan dengan berbagai isu yang berkaitan dengan kerajaan. Isu 1MDB misalnya, bukan masalah Umno, akan tetapi masalah kerajaan. Kerajaan itu, bukan hanya melibatkan Umno akan tetapi 12 komponen parti yang bergabung dalam Barisan Nasional.
8. Apabila 1MDB dijadikan sebagai pelemah kepada Perdana Menteri dilihat tidak dapat memaksa Perdana Menteri meletakkan jawatan, maka musuh Umno mempergunakan isu yang berkait rapat dengan parti. Dan mereka menemukan wang derma RM2.6bilion yang dimasukkan ke akaun pribadi Perdana Menteri/Presiden parti Umno.
9. Apabila terdedah berkaitan dengan wang derma itu, terlihat benar, ianya digunakan secara maksima sebagai faktor pendorong, agar supaya PerdanaMenteri/Presiden Umno terlihat jelek, dan menjadikan isu sebagai pendesak, agar PM meletakkan jawatan.
10. Sedarkah Tun Dr Mahathir Mohammad, Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Shafie Apdal, bagaimana DAP dan parti pembangang lain mempergunakan isu RM2.6bilion sebegitu hebat sekali, sehingga poster masuk ke dalam Dewan Rakyat bertuliskan MANA RM2.6B. Malah poster itu, digunakan sebagai maskot bagi mengumpul imej buruk kepada Perdana Menteri/Presiden Parti Umno.
11. Memang jawapan demi jawapan atau penjelasan demi penjelasan diberikan berkaitan wang derma RM2.6bilion, namun semua itu tidak diterima, malah diputar belit, dengan berbagai remah ratus.
12. Kini, apabila kemelut 1MDB semakin selesai, bukan pula pihak-pihak yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri/Presiden Umno berhenti, akan tetapi meneruskan desakan mereka.
13. Terlihat benar, tindakan mereka sebelum ini, kononnya hanya bertanya dan pertanyaan perlu dijawab, namun selepas diberi jawapan, bukan pula jawapan itu diterima, malah diputar belit, dan seolah-olah jawapan yang diberi dijadikan sebagai pemudah cara untuk memperkuat atau bersuara lantang mendesak Perdana Menteri/ Presiden Umno meletakkan jawatan.
14. Para musuh Umno, mungkin merasakan, kerana berasaskan kepada latar belakang mereka, maka para ahli Umno akan ikut sama. Sangkaan mereka itu, terbukti meleset, apabila pada PAU 2015, terbukti para ahli parti yang diwakili perwakilan, masih berdiri teguh dibelakang Perdana Menteri/Presiden parti.
15. Para pemimpin parti yang tadinya menyangka, bahawa mereka bakal menerima sokongan akar umbi, ternyata, mereka macam dipinggirkan. Tersedar dengan keadaan itu, maka tindakan U-Turn nampak bakal berlaku. Malangnya mereka yang menjadikan pemimpin itu menongkah arus, kini berusaha dengan segigih-gigihnya agar keadaan itu tidak berlaku. Kerana, jika berlaku, usaha mereka selama ini, bagaikan buih-buih laut.