Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

UMNO KUBURKAN MUAFAKAT NASIONAL MEMAKAN DIRI SENDIRI

$
0
0
HANYA kerana keeogan sesetengah pemimpin Umno, maka hilang peluang manfaat Muafakat Nasional (MN).

Dalam sejarah Umno, menang 26 kerusi parlimen, kosong kerusi di Melaka, Pulau Pinang, Perlis (termasuk Dun), Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah keputusan terburuk.

Berbeza dengan pencapaian Parti Bersatu dan Pas yang menang 73 kerusi, dan kini Pas adalah parti terbesar dalam negara daripada segi jumlah kerusi, diikuti Parti DAP. Kelompok berikutinya diduduki Bersatu, PKR, Umno dan GPS.

Mungkin kah kerana kesilapan membaca peluang besar  menerusi MN, maka Umno cuba mendapatkannya semula melalui Perpaduan Nasional (pn)? Kerana parti itu kini bersama Pakatan Harapan (PH), GPS, GRS dan parti-parti kecil lain membentuk KERAJAAN PERPADUAN yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara teorinya, semua kawasan yang dimenangi PN adalah tradisi Umno,maka menerusi ‘pn’ maka parti itu ada peluang bertanding di kawasan-kawasan tersebut pada PRU-16. Jika dapat merampas kerusi-kerusi tersebut, maka dapat menebus kekalahan yang paling menyedihkan pada PRU-15.

Sebelum PRU-15, bukan sedikit yang mengulas, memberi pandangan, jika MN didokong Umno-Pas-Bersatu diperkasa, dan menghadapi pilihan raya tersebut satu pasukan, boleh mencapai kemenangan dengan mudah. Apa kan daya, nasi telah menjadi bubur. Apa yang berlaku telah berlalu. Kini masing-masing dengan caranya, dan berkemungkinan cara yang dipilih boleh menjurus pada sistem dua parti dalam negara.

Pengajaran pada para pemimpin yang masih menggunapakai pendekatan konvesional dengan tidak mempertimbangkan perubahan politik, kena berfikir semula,  kerana kaedah itu telah berlalu.

Kekalahan calon-calon kelas berat Umno, bukan sahaja menjadi pengajaran pada parti itu akan tetapi pada parti-parti lain, yang ingin kekal relevan dalam arena politik negara.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808