Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2801

Kemelut 1MDB- Rangkuman Berbagai Maklumat

$
0
0
1. Dow Jones sudah menjawab surat peguam DS Najib. Jawapan sudah diketahui bahawa media Amerika itu berdiri teguh pada laporan WSJ pada 2 Julai, berkaitan RM2.6bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri. Sehingga kini, belum ada tindak balas daripada DS Najib apa kah akan menyaman WSJ.

2. Penangkapan Jerome Lee Group Executive Director Putrajaya Perdana Bhd (PBB) pada Isnin dan Datuk Shamsul Anwar Managing Director Ihsan Perdana Sdn Bhd semalam, akan merungkai apa kah peranan dua individu tersebut terhadap dakwaan sejumlah wang telah dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.

3. PBB ada keterkaitan dengan Lembaga Tabung Haji, manakala Ikhsan Perdana dengan Kementerian Kewangan. 

4. Lembaga Tabung Haji dikaitkan dengan 1MDB apabila pada Mac membeli sebidang tanah seluas1.56 ekar di TRX dengan harga RM188.5 juta, manakala Ikhsan dikaitkan dengan penyaluran wang tunai ke akaun Perdana Menteri.

5. Apa yang muskhil adalah keterlibatan Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Azeez Abdul Rahim dengan PBB kerana MP Baling tersebut juga Pengerusi PBB.

6.1MDB menjadi sorotan umum kerana mengumpul hutang sehingga RM41.8bilion, di mana cara mendapatkan hutang tersebut diragukan, malah kononnya sebahagian wang pinjman telah disalahguna, khususnya pelaburan melalui PetroSaudi international yang melibatkan USD1.83bilion.

7. The Age telah menyerahkan maklumat atau dokumen kepada Petugas Khas yang ditubuhkan menyiasat 1MDB dan PDRM kononnya mengandungi tramsksi yang melibatkan USD1.83bilion pelaburan 1MDB kepada PetroSaudi.

8. The Age dalam laporan terkahirnya mendakwa, bahawa USD1.83bilion pelaburan 1MDB kepada PetroSaudi merupakan satu scam, oleh pihak-pihak tertentu termasuk Jho Low untuk mencuri wang 1MDB.

9.1MDB pada masa ini sedang disiasat pihak Ketua Audit Negara, PAC dan Petugas khas, dan setakat ini hanya ada interim reports daripada Ketua Audit negara telah diserahkan kepada PAC pada 9 Julai. Kandungan laporan tersebut, belum diumumkan kepada umum.

10. Kemelut 1MDB semakin diperancak, apabila berlaku kesimpang siuran maklumat, khususnya hasil siasatan oleh polis Thailand terhadap warga Swiss Xavier Andre Justo yang ditangkap di Thailand pada Jun.

12. Ekoran pendedahan Justo sepertimana kenyataan polis Thailand, seorang mantan wartawan Sarawak Tribune- Lester Melanyi telah menaik muat rakaman pengakuan di Youtube, mengaitkan beberapa individu antaranya Tony Pua (DAP), Rafizi Ramli (PKR) serta founder Sarawak Reports Clare Rewcastle-Brown dikatakan terlibat pemalsuan maklumat yang dihubungkan dengan 1MDB bagi menjatuhkan Perdana Menteri-DS Najib Razak.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2801