Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PAU Tahun 2015- Satu Pembaharuan?

$
0
0
1. Apakah kerana berlakunya sedikit krisis dalaman, maka berlaku pembaharuan dalam parti? atau memang kalau ada krisis, maka pembaharuan berlaku?

2. PAU tahun 2015, berlakunya pembaharuan, apabila persidangan tiga sayap parti- wanita,pemuda dan puteri, biasanya secara konvensyen dirasmikan oleh Timbalan Presiden parti, namun pada persidangan kali ini, sayap-sayap dirasmikan oleh ketua masing-masing. Presiden parti selepas mesyuarat AMT semalam yang julung kalinya diadakan di bangunan parlimen, menyatakan perubahan tersebut atas permintaan ketua sayap masing-masing, dan AMT bersetuju dengan permintaan tersebut.

3. Walaupun berbagai persepsi khususnya daripada penyokong Timbalan Presiden, bahawa tindakan itu adalah satu usaha mendiamkan Tan Sri Muhiyiddin Yassin, namun menurut Ketua Pemuda Umno- Saudara Khairy Jamaluddin, persepsi itu tidak benar samasekali, sebaliknya, tindakan itu, sebagai sebahagian pembaharuan yang dilakukan dalam parti, agar supaya, kekal relevan dan mengikut aliran semasa.

4. Tindakan persidangan sayap dirasmikan oleh ketua masing-masing, seharusnya sudah berlaku sejak lama, kerana ketua sayap masing-masinglah yang lebih memahami aspirasi dan kehendak jemaahnya atau ahlinya. Selain itu, kedudukan ketua sayap yang setaraf dengan Naib Presiden, merupakan pengukuhan kepada kedudukan itu, 

5. Kata orang asabab kepada sesuatu hanya kerana ada sebab. Pembaharuan terhadap Umno, dipercepat kerana berlakunya krisis, sehingga terkeluarnya dua pemimpin kanan dalam pasukan. 

6. Selepas ini, kekuatan parti akan dilihat bagaimana percaturan yang bakal dilakukan oleh sayap-sayap parti, apa kah pembaharuan ini, parti semakin mantap atau sebaliknya, kerana akan terlihat, bahawa parti akan keluar daripada aliran komunikasi searah, sebaliknya kepada berbagai arah, kerana setiap ketua sayap mempunyai hala tuju dan cara tersendiri. Apa kah kesudahan terhadap pembaharuan ini, sama-sama kita tunggu impaknya, apa kah akan berterusan? atau sebaliknya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808