Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Najib Lepasi Ujian

$
0
0
1. Jarang pemimpin yang boleh bertahan berdepan dengan asakan Tun Dr Mahathir. Sejarah membuktikan, Tun Musa Hitam, Tengku Razalegh Hamzah, Dato Seri Anwar Ibrahim Tun Abdullah Badawai, semuanya kecundang.

2. Umum mengetahui, selepas sahaja PRU-13, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir memulakan asakan demi asakan terhadap Perdana Menteri ke-6 itu, dan pukulan terakhir, mendesak DS Najib meletakkan jawatan dengan dakwaan, bahawa kepimpinan Presiden Umno membawa banyak kemudaratan kepada negara, malah jika meneruskan kepimpinan Bn akan kecundang pada PRU-14 akan datang.

3. Sementara Tun Dr Mahathir menggunakan berbagai cara, termasuk melibatkan media antarabangsa membuat berbagai kecaman, namun apa yang menarik terhadap Perdana Menteri Malaysia ke-6 itu, tidak mengeluarkan kenyataan yang memburukkan mantan ketua beliau itu, walaupun secara luaran, hubungan antara beliau dengan mantan Perdana Menteri terlama negara itu, ‘beyond repair”.

4. Umum mengetahui bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang “gentleman”, namun jika berdepan dengan kekalahan, pemimpin veteran itu, sampai bilapun tidak akan mengalah. Semua tahu pantang utama mantan PM itu adalah kekalahan. Jika kekalahan menyebelahi beliau, tiada siapa yang boleh menghalang untuk beliau terus bersuara, meneruskan, apa yang difikirkannya betul, walaupun berdepan dengan “the odds’.

5. Melihat kepada pertembungan antara DS Najib dengan mantan boss beliau itu, ada yang melihat, bahawa kemenangan berpihak kepada DS Najib, walaupun ramai yang “downplay” kemenangan itu kepada “mampu bertahan”, kerana kemenangan itu meninggalkan parut-parut yang besar, dan sukar untuk dipadam.

6. Ramai yang tidak menduga bahawa kemenangan atau bertahannya DS Najib terhadap serangan Tun Dr Mahathir, kerana cengkaman beliau dalam parti. Terlihat daripada jumlah Ketua Bahagian Umno yang menyokong beliau, juga pemimpin komponen parti yang terus berdiri teguh dibelakang beliau membuatkan kedudukan PM terus kokoh. Bukti terbaru pada pengundian Bajet2016 di Dewan Rakyat pada malam 16 November, di mana mereka yang menyokong bajet tersebut berjumlah 128 melawan 74, walaupun MP Bn yang hadir hanya 127. Apa yang menarik, bahawa Bajet itu juga mendapat sokongan mantan TPM yang dipecat.

7. Sebenarnya undian untuk Bajet2016, merupakan ujian kali kedua Perdana Menteri dalam masa kurang sebulan. Ujian pertama adalah semasa mengantung pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang mengeluarkan kenyataan menghina Speaker Dewan Rakyat. Melalui undian, menggantung Kit Siang, 107 MP menyokong lawan 77 menentang.

8. Apapun keadaan yang menyelubungi hubungan antara Tun Dr Mahathir and DS Najib, nampaknya “virus Mahathir” tidak mampan lagi, mejatuhkan pemimpin seperti mana berlaku sebelum ini. Virus Mahathir telah kehilangan bisa, kerana sudah terdapat penawar yang luarbiasa daripada pihak DS Najib, iaitu senantiasa berpegang pada tradisi Umno, menghormati pemimpin lama; melalui cara itu, setidak-tidaknya, para pemimpin parti termasuk pemimpin komponen Bn melihat, bahawa kepimpinan DS Najib merupakan kepimpinan yang perlu dipertahankan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808