1. Dendam Datuk Shafie Apdal terhadap DS Najib kerana dipecat daripada Kabinet, tidak akan kemana-mana.
2. Mempergunakan isu 1MDB dan derma RM2.6bilion sebagai maskot menghentam kerajaan pimpinan DS Najib, tidak berimpak kepada rakyat, sebabnya, latar belakang mantan menteri KKLW itu sendiri, semasa mempunyai kedudukan, tidakpun membela rakyat, melainkan hanya orang-orang tertentu yang mengelilingi beliau.
3. Tiada yang boleh dibanggakan atau ditinggalkan atau berbekas kepada rakyat secara umumnya yang menjadi legasi kepada MP Semporna itu, hanya tindakan beliau yang senantiasa menganggugugat kerajaan pimpinan Datuk Musa Aman, dengan mengumpul beberapa penentang dengan memberi habuan berbentuk projek di kawasan-kawasan tertentu. Tindakan beliau yang bercorak perintah dan pecah, akhirnya diketahui pimpinan pusat, yakni DS Najib Razak, apabila mantan "blueboy" beliau itu bertindak sebagai gunting dalam lipatan.
4. Krisis kepimpinan Umno Sabah bermula Tahun 2006, sebenarnya digerakkan oleh Shafie, sehingga berlakunya pengugguran berapa calon veteran Umno pada PRU-12, namun menyedari keadaan itu, beberapa pemimpin yang sebelumya sepayung dengan MP Semporna itu berpatah balik, dan kini telah menjadi satu pasukan kuat bersama Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Musa yang juga Ketua Menteri Sabah.
5. Shafie jangan berangan lagi untuk kembali kepada kedudukan sepertimana beliau kecapi sebelum ini, kerana semua pihak menyedari nawaitu beliau.