Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Undi Tidak Percaya Pada DS Najib Hanya Gimik Pembangkang

$
0
0
1. Undi tidak percaya kepada DS Najib Razak hanya merupakan gimik pembangkang. Pembangkang sudah maklum, mereka tidak mempunyai kekuatan untuk menumbangkan Perdana Menteri. Dari segi mana, mereka boleh mendapat kekuatan menumbangkan Perdana Menteri? Jika dilihat daripada jumlah kerusi pembangkang pun sudah tidak cukup, apatah lagi MP Pas tidak menyokong. 

2. Bagaimana Lim Kit Siang berangan-angan untuk mendapatkan sokongan 22 MP Sabah dan 25 MP Sarawak, sedangkan sebahagian MP memerupakan pemimpin negara, malah sepasukan dengan DS Najib yang menganggotai kabinet Persekutuan.

3. Semua sudah maklum, sejak negara merdeka, perubahan Perdana Menteri, hanya berlaku, jika Presiden Umno berubah, kerana Presiden Umno biasanya secara konsensus dilantik sebagai Perdana Menteri. Perlantikan Presiden Umno sebagai Perdana Menteri, kerana parti itu merupakan tunjang kepada kerajaan, sesuai dengan jumlah kerusi yang dimenangi setiap pilihanraya umum. Sebagai catatan, pada PRU-13, lalu, Umno mempunyai 88 kerusi daripada 133 yang dimenangi Bn. Kerusi Umno merupakan lebih 66 peratus daripada keseluruhan kerusi yang dimenangi Bn.

4. ANGAN-ANGAN pembangkang menjatuhkan DS Najib sebagai Perdana Menteri sebenarnya hanya gimik.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808