Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Dana Politik: Parti DAP Menolak Ketelusan

$
0
0
1. Kemunafikan pemimpin DAP, apabila secara terus menerus mempersoalkan, dana politik yang diterima DS Najib Razak, bagi pihak Bn pada Tahun 2013, sedangkan sebelum itu, parti DAPlah yang beria-ia sangat menentang ketelusan dana politik, termasuk pendedahan penyumbang.

2. Mengapa, parti itu, pada masa ini beria-ia sangat mahu mengetahui penyumbang dana RM2.6bilion?. Kenampakan sangat bagaimana hipokretnya parti itu. 

3. Mereka mengambil peluang kerana terdedahnya sumbangan kepada DS Najib, dilakukan oleh musang berbulu ayam yang terdapat di keliling DS Najib. Bayangkan dana itu telah disalurkan pada Tahun 2013, hanya diketahui julai 2015, apabila adanya pasukan khas menyiasat 1MDB.

4. Selepas dana itu diketahui, pada mulanya, berbagai laporan termasuk daripada media asing mendakwa bahawa wang sumbangan tersebut berasal daripada 1MDB. Mereka siap melakar berbagai aliran palsu, untuk mengambarkan bahawa wang derma itu berasal daripada syarikat milik Kementerian Kewangan itu, namun selepas sebulan siasatan ternyata, wang itu tiada sangkut paut dengan 1MDB.

5. Kini, Dap mendesak, agar sumber derma itu didedahkan, termasuk penggunaannya, sedangkan parti itu sendiri menerima derma politik, tidakpun mendedahkannya.

6. Rakyat jangan keliru dengan permainan politik DAP, kerana parti itu cuba mengumpulkan persepsi negatif kepada parti Bn, agar supaya, tiada penyumbang dana yang sanggup menyumbang, kerana takut akan didedahkan.

7. Parti DAP cuba membunuh karakter setiap pemimpin Bn, khususnya Perdana Menteri, agar supaya, parti itu mendapat peluang merampas kerajaan.

8. Cuba tanya diri sendiri, Parti DAP bukan syarikat perniagaan, bagaimana kah parti itu bertahan begitu lama, tanpa sumbangan daripada pihak-pihak tertentu. Adalah menjadi rahsia umum di negara ini, bahawa syarikat-syarikat besar adalah menyumbang kepada setiap parti politik, secara diam-diam, sebagai pelaburan. Para syarikat itu, mengambil peluang kiri dan kanan, ertinya, mana sahaja parti politik yang membentuk kerajaan, mereka akan mendapat habuan. Sebagai contoh, syarikat-syarikat yang berlokasi di Pulau Pinang, kini, tidak lagi menyumbang kepada parti Bn, akan tetapi kepada DAP, tujuannya, agar DAP terus memerintah Pulau Pinang, demikian juga di Selangor, syarikat-syarikat yang berlokasi di negeri itu, tidak lagi menyumbang kepada parti-parti Bn.

9. Pada PRU-13 lalu, untuk pertama kalinya, Bn berdepan dengan parti pembangkang yang kaya, atas sebab itu, DS Najib Razak sebagai Pengerusi Bn, terpaksa mencari alternatif untuk mendapatkan dana. Walaupun Bn dilengkapi dengan dana sebesar RM2.6bilion, namun undi yang diperolehi secara keseluruhan begitu merosot, dan untuk pertama kali kehilangan undi popular. Kalau bukan kerana sistem demokrasi negara yang berasaskan kerusi, Bn sudah kehilangan kuasa.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808