Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Tiada Kewajaran Umno Pertahan Shafie

$
0
0
1. MP Semporna Datuk Shafie Apdal, seharusnya tidak dipertahankan lagi dalam Parti Umno, kerana mantan Menteri KKLW itu, sudah menjelaskan dirinya bukan lagi sepasukan dengan para pemimpin parti yang lain.

2. Shafie mula bertindak tidak sependapat dan menongkah arus, apabila skandal pembelian sebuah bangunan oleh anak syarikat Mara di Melbourne, Sejak terbongkarnya isu itu, Shafie bertindak menyerang 1MDB syarikat milik Kementerian Kewangan, di mana Perdana Menteri merupakan penasihat kepada Lembaga Pengarah Syarikat tersebut.

3. Walaupun maklumat perniagaan 1MDB dikemukakan kepada kabinet yang berupa Fact Sheets, namun Shafie cuba menafikannya.

4. Akibat tindakan MP Semporna tersebut bagaikan gunting dalam lipatan dalam jemaah menteri, maka beliau dipecat daripada jawatan menteri berikutan rombakan kabinet persekutuan pada akhir Julai lalu.

5. Kini, Naib Presiden Umno itu bertindak bagaikan lawan kepada Umno. Antara tindakan beliau apabila mempersoalkan keputusan Speaker Dewan Rakyat- Tan Sri Pandikar berkaitan debat antara MP Petaling Jaya Utara daripada DAP dan anggota PAC Parlimen- Tony Pua dan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy. Selain itu, MP Semporna tersebut sudah sekata dengan Dato Seri Anwar Ibrahim berkaitan tindakan polis menyiasat Mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir, berkaitan berbagai dakwaan mantan PM tersebut kepada para pemimpin Umno, termasuk kononnya, ketua-ketua bahagian Umno dibeli DS Najib, atas sebab itu tidak mahu bersuara menentang PM ke-6 tersebut.

6. Selain itu, Shafie juga menentang penahanan Dato Khairuddin Hassan dan Mathias Chang dibawah Akta SOSMA.

7. Khairuddin dan Mathias chang cuba menimbulkan berbagai imej buruk terhadap negara, dengan membuat berbagai laporan di luar negara, sedangkan kandungan laporan yang dibuat itu, bukan berasaskan fakta benar, akan tetapi berupa maklumat yang ditokok tambah. Apa bezanya penahanan Khairuddin dan Mathias dengan penanahan kumpulan yang penyokong ISIS, walaupun penyokong atau anggota kumpulan itu belum bertindak? Walaupun secara fizikal ianya berbeza, namun tindakan Khairuddin dan Mathias lebih bahaya, kerana mengundang berbagai persepsi buruk terhadap perekonimian dan kewangan negara. 

8. Khairuddin yang merupakan dalang kepada penerbitan 50 Dalil mengapa Anwar tidak boleh menjadi Perdana menteri, merupakan orang pertama yang membuat laporan polis berkaitan 1MDB. Laporan itu disandarkan kepada maklumat yang diubah atau ditokok tambah oleh Sarawak reports, tujuannya untuk mengundang persepsi, kononnya berlaku salah guna kuasa dalam pengurusan syarikat milik kementerian kewangan tersebut.

9. Kumpulan yang mahu memalitkan imej buruk kepada DS Najib cuba memrekayasa berbagai maklumat, termasuk Laporan The Wall Street Journal, kononnya ada wang 1MDB disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri. 

10. Tujuan kepada merekayasa berbagai maklumat palsu tersebut, semata-mata untuk memburukkan imej Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, agar supaya pelabur luar negara kehilangan keyakinan terhadap kerajaan Malaysia, dan jika itu berlaku, maka ekonomi Malaysia merundum. Jika ekonomi Malaysia merundum, maka mereka mengharapkan rakyat akan memberontak dan menjatuhkan kerajaan.

11. Kini, rakyat perlu mengambil iktibar, bahawa serangan beberapa mantan pemimpin, bukannya bertujuan membela rakyat dan negara, sebaliknya mempunyai agenda peribadi, yakni mahu berkuasa.

12. Melihat tindakan Shafie, sudah tiba masanya, Parti Umno memecat MP Semporna itu, kerana keberadaanya dalam parti bukan boleh menguatkan parti, malah merebahkan dan menghancurkan parti.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808