1. Perkembangan terkini berkaitan 1MDB, apabila Presiden syarikat Kementerian Kewangan tersebut bersedia berdebat secara langsung dengan Tony Pua seorang anggota PAC dan MP DAP Petaling Jaya Utara yang sangat kritikal terhadap syarikat ilham Perdana Menteri tersebut.
2. Apabila Arul Kanda Kandasamy bersedia berdebat"live" tanpa syarat dengan Tony Pua, rentak MP DAP itu macam berubah, sambil membuat kenyataan bahawa bersemuka dengan Arul bukannya debat akan tetapi "live Show", di mana beliau hanya bertindak sebagai wartawan yang hanya bertanya dan Arul memberi jawapan.
3. Kenampakan sangat, bahawa selama ini Tony begitu hebat mengeritik 1MDB, walaupun jawapan demi jawapan diberikan, namun MP DAP itu ada sahaja putar belit berkaitan dengan sebarang jawapan berfakta yang diberikan oleh pengurusan syarikat MOF tersebut.Oleh kerana tembalang akan terbongkar, maka Tony mengubah "tune".
4. Sebenarnya tiada sebarang kemuskilan besar yang berlaku dalam 1MDB sehingga menggugat kestabilan negara, apa yang berlaku dalam syarikat itu adalah fenomena biasa sesebuah syarikat yang berniaga, iaitu boleh mencipta keuntungan dan boleh juga rugi.
5. 1MDB dijadikan alat atau faktor mengecam pentadbiran DS Najib apabila syarikat tersebut mengumumkan bahawa pada Disember 2014 mengalami kerugian sebanyak RM665 juta, selain berdepan dengan aliran tunai, kerana gagal menerbitkan IPO pada November 2013 dan November 2014. Akibat kerugian dan kekurangan aliran tunai, maka pada masa itu syarikat itu berdepan dengan membayar obligasi sebanyak RM2bilion kepada perbankan tempatan.
6. Kerana berdepan dengan kekurangan wang tunai,walaupun aset yang terakru bernilai RM52bilion berbanding liabiliti RM42bilion, GLC itu memohon suntikan modal daripada pemegang saham utama, iaitu MOF, sebanyak RM3bilion, namun permohonan tersebut ditolak, sebaliknya digantikan dengan standby credit sebanyak RM950juta. Bagi memenuhi obligasi kepada perbankan tempatan, syarikat mendapat pinjaman daripada Ananda Khrisnan sebanyak RM2bilion.
7. Oleh kerana maklumat berkaitan 1MDB diberikan kepada kabinet dalam bentuk FACT SHEETS, di mana maklumat berkenaan syarikat tersebut dipaparkan melalui dokumen tersebut, maka mereka yang mempunyai niat menjatuhkan Perdana Menteri mempergunakannya mengeritik 1MDB dengan menokok tambah sebagai jamuan rakyat bagi menggamit persepsi negatif terhadap Perdana Menteri.
8. Sebenarnya tiada yang pelik berlaku dalam 1MDB, apabila melihat laporan kewangan yang telah diaudit oleh pengaudit bertauliah. Atas sebab itu, apabila Arul menyahut cabaran Tony berdebat tanpa syarat, MP DAP tersebut macam terkedu kerana sebagai anggota PAC, beliau tahu, bahawa Arul dipihak yang benar dan akan bercakap berasaskan fakta, sementara bagi pengeritik hanya bersifat spekulasi dan putar belit.
9. 1MDB benar-benar dijadikan sebagai kambing hitam oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir apabila mendakwa hutang 1MDB sebanyak RM42bilion telah lesap, walaupun kemudian mengubahnya kepada RM26bilion dengan mengambilkira pembelian beberapa IPP yang bermilai RM18bilion.
10. Kerana berbagai dakwaan Tun Dr Mahathir, selain syarikat tersebut telah memperinci liabiliti sesuai dengan aset yang dibeli melalui pinjaman yang dibuat, Perdana Menteri telah mengarahkan Ketua Audit Negara memeriksa syarikat tersebut. Pada masa yang juga, Bank Negara, SPRM, PDRM dan PAC Parlimen turut menjalankan siasatan terhadap syarikat milik MOF tersebut.
11. Memberi kebenaran memeriksa syarikat tersebut, seolah-olah membuka pintu kepada petualang-petulang yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri meneruskan agenda. Benar juga, separuh jalan siasatan terhadap syarikat tersebut, maklumat-maklumat separuh benar atau yang tiada hubungan dengan syarikat tersebut dibocorkan atau disalurkan kepada pihak media asing, tujuannya selain memalukan Perdana Menteri, akan tetapi dijadikan alat untuk mendesak Perdana Menteri meletakan jawatan.
12. Juga melalui siasatan tersebut, berbagai maklumat yang diperolehi disalurkan kepada media asing, antaranya akaun peribadi Perdana Menteri di Ambank, akaun SRC International, malah pihak media asing membuat lakaran aliran tunai, kononnya sebanyak RM42milion daripada SRC International telah disalurkan ke dalam akaun Perdana Menteri. SRC International adalah anak syarikat MOF, sebelum itu, syarikat itu adalah anak syarikat 1MDB. SRC International telah mendapat pinjaman RM4bilion daripada wang kumpulan persaraan.
13. Belumpun siasatan matang dengan berbagai maklumat yang sahih, pihak tertentu telah merangka melakukan penangkapan terhadap Ceo dan Pengarah Eksekutif SRC International untuk dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan salahguna kuasa, malah menurut perancangan tersebut, DS Najib dijadikan sebagai tertuduh. Tujuan kepada tindakan tersebut, bukan berasaskan kepada maklumat atau fakta betul, akan tetapi pre-judge, untuk membuatkan DS Najib terpaksa meletakkan jawatan. Bagi kes-kes di Malaysia telah banyak berlaku, misalnya kes Tan Sri Kasitah Gadam, kes Dato Saidin Thambi, kes Tan Sri Muhammad Taib dan ramai lagi, dimana berlakunya pre-judge, untuk memaksa seseorang itu meletakkan jawatan. Jawatan politik, tidak akan kembali, kerana jawatan yang ditanggalkan itu akan diganti oleh orang lain walaupun kemudian mereka yang dituduh tersebut didapati tidak bersalah.
14. DS Najib masih mempunyai kekuatan dan masih ada penyokong sehingga mampu memintas konspirasi tersebut, apabila pada 27 Julai menggantikan Peguam negara dan 28 julai mengumumkan rombakan kabinet, termasuk menggugurkan dua orang pemimpin yang disfatkan sebagai gunting dalam liptan.
15. Kini, masa menentukan, bahawa sebenarnya tiada apa-apa yang salahguna berlaku dalam 1MDB, malah wang RM2.6bilion yang dikatakan berasal daripada syarikat itu, disahkan bukan daripada syarikat milik MOF tersebut, melainkan daripada penderma budiman. SPRM tidak akan memperjudikan itergritinya, dan telah menyatakan bahawa wang RM2.6 bilion bukan wang 1MDB. SPRM kini, mahu meningkatkan anggapan umum terhadap agensi pencegah rasuah tersebut, kerana pada Tahun 2009, kadar keyakinan umum terhadapnya hanya 39 peratus, kini telah melonjak kepada 70 peratus, mungkin keyakinan tersebut sebagai impak daripada tindakan agensi tersebut menyiasat kes-kes berprofile tinggi, termasuk Perdana Menteri.
16. Meskipun 1MDB digunakan sebagai Kambing Hitam khususnya oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, Mantan TPM Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Mantan Menteri KKLW Datuk Shafie Apdal yang disokong pemimpin pembangkang seperti Tony Pua, disokong wartawan veteran seperti A Kadir Jasin serata beberapa mantan pemimpin, tidak akan dapat mempengaruhi Ketua-Ketua Bahagian Umno seluruh negara atau AMT Umno untuk tidak menyokong DS Najib, kerana mereka itu, lebih maklum berkaitan dengan 1MDB.