Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Antara Tun Dr Mahathir Dan DS Najib Bagi Rakyat Sabah dan Sarawak

$
0
0
1. Memang diakui bahawa Tun Dr Mahathir selama 22 tahun memodenkan Malaysia dengan bangunan-bangunan hebat bersama infrastrukutur bertaraf dunia. Malah mantan Perdana Menteri ke-5 Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata, bahawa infrastruktur negara merupakan klas dunia, namun cara berfikir rakyat Malaysia ditahap klas ke tiga.

2. Tun Mahathir berjaya membina berbagai infra samada melalui peswasataan mahupun dibina oleh kerajaan. Malangnya, semuanya itu, tidak berimpak langsung kepada rakyat yang majoriti. Penumpuan pembinaan di Lembah Klang dan Pantai Barat Semenanjung, bukan sahaja mengabaikan rakyat lain di wilayah itu, akan tetapi membuatkan penduduk Sabah dan Sarawak hanya mampu memperhatikan daripada jauh.

3. Selama 22 tahun pemerintahan Tun Mahathir, rakyat yang kurang bernasib baik tidak diberikan faedah secara langsung berkaitan kekayaan negara, sebaliknya hanya mengumpul beberapa individu untuk menjadi superkaya.

4. Rakyat Malaysia khususnya mereka yang tidak diperhatikan selama 22 tahun bernasib baik apabila mendapat Perdana Menteri ke-6, iaitu DS Najib Razak. Hanya melalui beliau rakyat yang tidak mendapat perhatian dibela. Polisi kerajaan kini, khususnya mendorong rakyat yang berada dalam kelompok 40 peratus agar mempunyai pendapatan sederhana tinggi menjelang tahun 2020, merupakan polisi yang seharusnya telah dilakukan satu-dua dekad lalu.

5. Pembelaan kepada rakyat yang perlu dibela, misalnya melalui pemberian Bantuan Rakyat satu Malaysia (BR!M). Kaedah ini, bukan sahaja bermanafaat secara langsung kepada rakyat, akan tetapi mampu menghidupkan perekonomian perkampungan. Sebagai misalan, sebuah Dun di Sabah telah tersenarai seramai 42,000 penerima BR1M, ertinya hampir RM40juta wang tunai mengalir di kawasan dun tersebut dalam setahun. Jumlah ini merupakan 40 kali ganda peruntukan kerajaan bagi sesebuah dun. Impak berganda kepada RM40 juta tersebut terhadap perekonomian sesebuah DUN di kawasan luar bandar merupakan satu nikmat rakyat yang belum pernah berlaku bagi mana-mana Perdana Menteri di Malaysia, kecuali melalui DS Najib.

6. Semasa pemerintahan Tun Mahathir, biasanya pembelaan kepada rakyat diwujudkan melalui projek mega, di mana hanya kumpulan tertentu sahaja yang menikmati. Mereka yang mendapat projek tersebut, membelanjakan wang mereka bukan dalam negara akan tetapi di luar negara seperti London, Paris, Hong Kong, New York dan sebagainya. Namun melalui BR1M, semua wang yang berjumah RM5.2bilion yang diberikan kerajaan melalui skim tersebut dibelanjakan dalam negara, khususnya di perkampungan.

7. DS Najib terus membela rakyat yang memerlukan apabila melalui Bajet2016, memberi penumpuhan kepada rakyat yang perlu dibela. Kenaikan BR1M sebanyak RM50 bagi setiap Ketua Keluarga Tahun hadapan, menunjukkan keinginan Perdana Menteri tersebut, agar perdesaan atau perkampungan terus menyumbang dalam perekonomian rakyat. DS Najib mahu mengubah taburan wang di mana selama ini hanya berpusat di bandar-bandar atau pekan-pekan ke perkampungan. Melalui kaedah itu, setidak-tidaknya kedai-kedai runcit di perkampungan akan terus hidup dan boleh menjadi penjana perekonomian bagi luar bandar.

8. Terlihat benar perbedaan antara DS Najib dan Tun Dr Mahathir bagi membela rakyat Sabah dan Sarawak. Pembinaan lebuh raya Pan-Borneo hanya terlaksana dizaman DS Najib, demikian juga peruntukan pembangunan melalui bajet tahunan negara, lebih 50 peratus peruntukan diberikan kepada dua negeri tersebut.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808