Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

ERA BAHARU INDUSTRI MINYAK & GAS SABAH

$
0
0
KERAJAAN gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil pendekatan baharu dalam industri minyak dan gas (O&G) apabila menandatangi Perjanjian Kerjasama Komersiai (CCA) dengan petronas. Juga menerusi kerjasama tersebut telah dilancarkan Pelan Induk Gas Sabah (PIGS) sebagai satu permulaan (starters).

Untuk merealisasikan PIGS sebuah loji Gas Asli Cecair (LNG) berkapasiti 2.0 juta tan setahun (MTPA) di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) adalah antara tiga pelaburan yang diperakui oleh Kabinet Negeri pada Oktober tahun lepas.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor melancarkan pelan induk itu di Menara Petronas 2 di Kota Kinabalu pada 4 Jan, suatu kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Petrolium Nasional Bhd (Petronas) untuk mengembangkan pelaburan dalam gas asli Sabah.

Kemudahan LNG yang pertama di Sabah, akan memberi peluang kepada Sabah untuk mengembangkan pengedaran LNG di seluruh negeri melalui aktiviti seperti sistem saluran paip maya, membolehkan lebih banyak perniagaan perindustrian dan komersial sebagai tenaga bersih.

Selain itu, Kerajaan Negeri akan memainkan peranan lebih menonjol dalam menerajui aktiviti pemasaran dan pengedaran gas di Sabah dengan volum gas sebanyak 120 kaki padu gas standard sehari (MMscfd) disediakan untuk pembangunan industri utama di negeri ini.

Gas asli akan dibekalkan dari Terminal Minyak dan Gas Sabah di Kimanis dan Terminal Gas Sabah di Tuaran.

Sebagai tanda kemajuan hasrat ini, suatu Perjanjian Induk (HOA) dimeterai antara Sabah Energy Corporation Sdn Bhd dan Petronas untuk membekalkan 70 MMscfd gas asli, serta pertukaran dokumen HOA yang ditandatangani sebelum ini untuk bekalan 50 MMscfd gas asli, bagi kegunaan di Sabah.

Juga menerusi pelan induk ini, akan menekankan satu set pilihan derivatif petrokimia untuk Sabah bagi menarik pelabur, berdasarkan keperluan pasaran dan prospek masa depan, iaitu memanfaatkan bahan mentah yang sedia ada di dalam negara.

Melalui PIGS ini, beberapa cadangan dan syor telah dipersetujui yang merangkumi aktiviti cari gali gas asli sebagai jaminan bekalan, pengwujudan pelan pembangunan komprensif agar lebih banyak industri tambah nilai di Sabah termasuk pembangunan hiliran petrokimia.

Untuk itu, kerajaan negeri mahu menjadikan SOGIP sebagai tapak pelaburan minyak dan gas hiliran utama Sabah pada masa hadapan.

Hasrat kerajaan negeri menerusi PIGS agar bakat-bakat tempatan diberi peluang seluas-luasnya untuk memenuhi keperluan industri minyak dan gas, pembuatan dan pembinaan.

Bagi rakyat Sabah yang ingin melibatkan diri dalam industri minyak dan gas, khas anak-anak muda yang berkelayakan, melalui strategi baharu ini, mengharapkan menoktahkan, penafian pengelibatan mereka dalam industri ini seperti mana berlaku sekian lama.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808