Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

APA KAH PENDEKATAN PARTI POLITIK SUDAH BERLALU?

$
0
0

JIKA sebelum ini, senjata utama sesebuah parti yang ingin mendapat mandat rakyat adalah visi dan perjuangan parti. Apa kah pendekatan itu sudah berlalu?.

Keputusan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberikan peruntukan sama rata pada setiap kawasan tanpa berpandukan samada kawasan-kawasan tersebut diwakili parti kerajaan atau sebaliknya merupakan perintis, bahawa pendekatan parti kemungkinan tidak lagi digunakan untuk menang pada sesebuah pilihan raya. Sebaliknya parti yang ingin menang akan berpandukan pada kepimpinan sesebuah parti, yang boleh disandarkan atau diberi amanah sebagai pengerak kepada kemajuan, pembangunan dan membela rakyat.

Berdekad lamanya, rakyat terpaksa memilih, samada parti politik atau sebaliknya pada setiap pilihan raya. Kerajaan off the day yang ingin diberi mandat semula akan menjual kepada rakyat atau pengundi trek rekod parti.

Oleh kerana perubahan pendekatan, bahawa kawasan yang tidak diwakili kerajaan juga akan mendapat peruntukan yang sama rata, yang mencerminkan pendekatan kerajaan off the day memajukan setiap kawasan, tanpa kecuali, maka rakyat atau pengundi bakal dihidangkan dengan kepimpinan yang telus, bermotifkan rakyat dan negeri. Semasa pilihan raya, tentunya, kempen akan diwarnai dengan style kepimpinan sedemikian.

Berasaskan pendekatan baharu ini, keputusan ADUN Segama, meninggalkan parti beliau dengan alasan, jika kekal, maka kemajuan dan pembelaan terhadap rakyat yang beliau wakili tidak berlaku, ternyata tidak lagi relevan.

Bagi kerajaan off the day, visi utama adalah Sabah Maju Jaya. Ertinya meliputi seluruh negeri tanpa kecuali.

Jika demikian, jika rakyat atau pengundi negeri dapat mensintesa pendekatan kerajaan tersebut, maka bermula daripada sekarang perlu sentiasa update diary masing-masing berkaitan pencapaian wakil-wakil rakyat atau bakal-bakal calon wakil rakyat di kawasan masing-masing agar tidak tersalah pilih apabila tiba pilihan raya.

Pada masa lalu, kerana rakyat atau pengundi tidak update pencapaian wakil-wakil rakyat di kawasan masing-masing, dan termakan isu-isu semasa, maka memilih kaca berbanding intan.

Penulis melihat pendekatan baharu kerajaan ini adalah benar-benar menapis pemimpin yang berjiwa rakyat, bukannya pemimpin menjadikan rakyat sebagai sandaran mengharumkan nama, mendapat kedudukan atau kuasa, kerana menerusi pendekatan ini, pengundi akan memilih calon, bukan lagi bersandar pada parti yang diwakili.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808