AKAN dilihat, jika peratusan pengundi yang keluar mengundi rendah, maka Barisan Nasional mempunyai peluang cerah,khususnya di 19 kawasan majoriti melayu. Mengapa? Data keputusan PRU-14, menunjukkan, pengundi luar adalah penyumbang utama pada peratusan tinggi dan juga undi pada calon-calon Pakatan Harapan.
Memandangkan SOP yang ketat, dan kemungkinan besar pengundi luar tidak pulang ke Melaka untuk mengundi, maka keadaan tersebut, memberi kelebihan pada calon-calon Barisan Nasional, khususnya calon-calon Umno.
Lain keadaannya pada kawasan majoriti cina, peratusan tinggi-rendahnya pengundi keluar mengundi, tidak mempengaruhi kemenangan calon-calon DAP, kerana pengundi yang menetap pada kawasan-kawasan sedemikian adalah penyokong tegar parti itu, keadaan sama pada kawasan-kawasan majoriti melayu, pengundi yang menetap di kawasan-kawasan sedemikian adalah penyokong tegar Umno.
Jika peratusan pengundi rendah, katakan, sekitar 60 peratus, walaupun SPR memberi target di atas 70 peratus, maka pertembungan tiga penjuru, tidak menyebabkan calon-calon Umno kehilangan peluang untuk menang.
Di atas kertas, Umno akan menang sekurang-kurangnya 17 kerusi di kawasan-kawasan majoriti melayu, dan menerusi jumlah tersebut, membolehkan menubuhkan Kerajaan Negeri.
Kemenangan calon-calon Umno, hanya boleh dinafikan jika peratusan pengundi tinggi, seperti mana PRU-14, apa tah lagi jika pengundi kaum cina pulang mengundi.
Memandangkan ancaman Covid-19 masih belum reda, ada lah diramalkan, pengundi cina tidak akan mengambil risiko untuk pulang mengundi. Jika keadaan sedemikian benar-benar berlaku, maka amat berbaloi, Umno bergerak solo dalam PRN ke-15 Melaka ini.