1. Pelabuaran awal sebanyak USD1bilion sebaik sahaja perjanjian termeterai pada 28 September 2009, antara 1MDB dan PetroSaudi adalah bertujuan untuk mendapatkan 40 peratus ekuiti pada JV tersebut.
2. Menurut 1MDB, jumlah wang syarikat itu seluruhnya disalurkan kepada JV tersebut adalah USD1.83bilion. Pelaburan itu dikatakan berkembang sehingga USD2.33bilion setakat 31 Mac 2014.
3. Pada 10 Oktober 2015, pelaburan 1MDB yang berbentuk murabahah sejumlah USD1.39bilion telah ditunaikan, manakala baki USD940milion akan ditebus melalui “ debt for asset swap” dengan Abu Dhabi International Petroleum Investment Company (IPIC).
4. Jelas melalui JV antara 1MDB and PetroSaudi, syarikat gergasi milik Kementerian Kewangan tersebut tidak mengalami kerugian, sepertimana dakwaan. Apapun cerita berkaitan urusniaga itu, hanya merupakan catitan akademik, kerana yang mustahak, wang 1MDB selamat and telah menghasilkan keuntungan.
5. 1MDB kini melaksanakan rasionalisasi bagi menghapuskan hutang yang berjumlah RM42bilion. Menurut syarikat itu, melalui “debt for equity swap’ dengan IPIC and penjualan Edra Global Energy Bhd akan menghasilkan RM42bilion, cukup untuk menutup semua hutang syarikat. Selain itu, syarikat akan mendapat tambahan tunai melalui penjualan sebahagian tanah TRX, tanah di Ayer Hitam Pulau Pinang, and tanah di Pulau Indah, Selangor. Nampaknya, pada penghujung tahun 2015, masalah 1MDB akan terselesaikan sesuai dengan janji Perdana Menteri.
6. Apa yang jelas, tiada wang rakyat digunakan untuk ‘bailout” syarikat gergasi tersebut, kecuali wang modal yang diberikan kerajaan sebanyak RM1juta, serta standby credit sebesar RM970 juta. Standby credit itu boleh ditutup melalui hasil penjualan berbagai asset tanah milik syarikat tersebut.
7. Ada yang mengatakan, jika kemelut 1MDB selesai, DS Najib Razak akan menjadi Perdana Menteri terkuat di Malaysia. Mudah-mudahan anggapan itu dapat diterjemahkan melalui peti undi pada PRU-14, bagi membolehkan menepis dakwaan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, bahawa jika DS Najib masih sebagai Perdana Menteri, maka BN akan kehilangan kuasa.