DATUK Seri Ahamad Zahid Hamidi, masih berusaha menarik perhatian, dan terbaharu, mendesak Dato Seri ismail Sabri Yaakob menubuhkan RCI untuk menyiasat Tommy Thomas berkaitan pengelibatan pemimpin kerajaan dalam isu pendakwaan terpilih era Kerajaan Pakatan harapan (PH).
Zahid adalah antara pemimpin yang dibawa ke mahkamah era kerajaan PH, atas tuduhan rasuah, salahguna kuasa dan pengubahan wang haram.
Awal minggu ini, Presiden Umno tersebut menarik perhatian media, apabila gagal hadir ke mahkamah, kerana dimasukkan ke sebuah hospital swasta, kerana menjalani pembedahan tulang belakang.
Semalam, beliau dibenarkan keluar daripada hospital, dan malamnya mempengerusikan mesyuarat MKT Umno.
Awal bulan ini, Zahid menjadi tumpuan berita, apabila bersama 14 ahli parlimen Umno bertindak menarik sokongan terhadap Tan Seri Muhiyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional, yang menyebabkan PM-8 negara tersebut tiada pilihan, dan meletakkan jawatan pada 16 Ogos. Pengganti beliau dilantik 5 hari kemudian, iaitu pada 21 Ogos.