Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

POSITIF COVID-19 REKOD TERTINGGI HARI INI- 24,599: PERLU TANYA NAJIB MENGAPA?

$
0
0

SEBELUM 16 Ogos, 2021, saban hari Dato Seri Najib troll berkaitan jangkitan covid-19 di negara ini.

Tapi, selepas TSMY letak jawatan, komen mantan Perdana Menteri tersebut lenyap, tidak terkesan.

Sebahagian rakyat sedang menunggu, jawapan mengapa jangkitan terus mencanak naik, sedang argumen mereka sebelum ini, sebaik sahaja TSMY turun, jumlah jangkitan juga ikut turun.

Jumlah jangkitan baru kes Covid-19 yang dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi adalah 24,599 kes berbanding 22,642 kes, semalam. Ini menjadikan kes kumulatif terkumpul sebanyak 1,640,843 kes.

Tiga negeri mencatatkan paras tertinggi hari ini, semuanya di luar Lembah Klang. Negeri-negeri itu adalah Sabah, Pulau Pinang dan Johor.

Sabah mencapai paras tertinggi 3,487. Ia juga adalah hari ketiga berturut-turut yang menyaksikan kes di negeri tersebut melebihi 3,000.

Sementara itu, Johor buat kali pertama mencecah 2,000 kes, ia mencatatkan tahap tertinggi pada 2,785 kes.

Pulau Pinang juga mencatatakan tahap tertinggi pada 2,078, ini kali kedua jangkitan baru di negeri itu melebihi 2,000 kes.

Berikut adalah pecahan setiap negeri (kumulatif):

Selangor - 6,936 (579,732)
Sabah - 3,487 (134,517)
Johor - 2,785 (128,666)
Pulau Pinang - 2,078 (77,852)
Sarawak - 2,024 (105,072)
Kedah - 1,538 (89,027)
Kelantan - 1,312 (71,083)
Perak - 1,170 (62,537)
Kuala Lumpur - 881 (168,705)
Pahang - 690 (40,519)
Terengganu - 567 (30,324)
Negeri Sembilan - 526 (89,980)
Melaka - 515 (46,252)
Perlis - 67 (1,589)
Putrajaya - 20 (5,197)
Labuan - 3 (9,791)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808