Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

1MDB: Siasatan Bank Negara: Implikasi Terlambatnya Pengumuman Jabatan Peguam Negara

$
0
0
1. Apa kah, implikasi terlambatnya Jabatan Peguam Negara mengumumkan keputusan siasatan Bank Negara terhadap 1MDB, menyebabkan Majlis Raja-Raja Melayu mengeluarkan kenyataan seperti mana diumumkan pada selasa?

2. Pada Khamis Jabatan Peguam Negara melalui Peguam Cara 1 Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah menyatakan bahawa Jabatan Peguam Negara telah memutuskan pada 11 September, bahawa tiada tindakan selanjutnya berkaitan kertas siasatan Bank Negara terhadap 1MDB yang diserahkan kepada Jabatan itu pada 21 Ogos.

3. Selain itu, Tun Abdul Majid berkata, pada 1 Oktober pihak Bank Negara telah meminta agar keputusan No Further Action tersebut dikaji semula, namun oleh kerana tiada bukti-bukti baru dikemukakan, maka Jabatan peguam negara memutuskan bahawa keputusan awal adalah kekal.

4. Pada kesempatan yang sama Tun Abdul Majid juga menjelaskan, tiada sebarang arahan daripada pihaknya, bahawa SPRM dan PDRM diberhentikan untuk menyiasat 1MDB, sebaliknya agensi tersebut terus mejalankan tugas menyiasat syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut.

5. Sebagai makluman, baik SPRM mahupun PDRM belum memanggil sebarang individu untuk direkodkan kenyataan mereka bersabit 1MDB.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808