Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

JANGGALNYA TAFSIRAN ZAHID BERKAITAN DERHAKA

$
0
0
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berselindung dibelakang MKT Umno menjadikan sebab nombor satu, kononnya kerana Kabinet kerajaan PN derhaka, maka mengarahkan ahli-ahli parlimen parti itu menarik sokongan. Janggal bunyinya, sedangkan majoriti anggota kabinet kerajaan PN merupakan ahli parlimen parti itu.

Selain janggal, mereka yang diarah letak jawatan sedang menunaikan tanggungjawab besar kepada rakyat, tanggungjawab menyelamatkan nyawa.

Mengapa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sanggup mengorbankan tanggungjawab menyelamat rakyat daripada kematian?

Tiada sekumit rasa berdosa kah pada menteri-menteri Umno tersebut yang telah hampir dua tahun tanpa henti bertungkus lumus melawan covid-19, pun demikian, jangkitan terus mencanak naik, dan kemungkinan mencapai puncak 25,000 jangkitan sehari menjelang September depan.

Tidak terbayang kah oleh Presiden Umno, jika berlakunya pergantian menteri-menteri yang sudah menimbah pengalaman menerusi trial and error, kemudian diganti dengan individu-individu lain yang juga melalui trial and error?

Barangkali MP Bagan Datuk tersebut, menyadari bahawa PICK semakin mendekati imuniti kelompok, makna kata, menteri-menteri baharu, hanya menuai hasil!!!

Dan menteri-menteri yang bakal mendapat nama, bukan daripada Umno, akan tetapi parti lain. Apa kah itu satu kepuasan bagi Zahid, dalam misi menumbangkan kerajaan?

Menumbangkan kerajaan PN, bukan hanya melibatkan Bersatu,musuh utama Umno, akan tetapi PAS, rakan dalam Muafakat Nasional, GPS- Sarawak, MCA, MIC, STAR, PBRS dan PBS.

Rupanya misi, parti Umno adalah berpisah dengan rakan-rakan, kerana merasa yakin dengan kekuatan sendiri.

Akan tetapi, kekuatan itu, masih tidak terpakai masa ini, atas sebab, dalam demokrasi, nombor yang menentukan segala-galanya.

Dengan kekuatan 38 ahli parlimen, tidak boleh membentuk kerajaan, melainkan bekerjasama dengan parti-parti lain untuk mendapatkan majoriti mudah, 111 daripada 220. Kerjasama tersebut, hanya didapati pada Pakatan Harapan (PH) yang dikuasai DAP, diikuti PKR dan Amanah dengan bantuan Warisan.

Rakyat tahu, Datuk Ahmad Zahid, ahli parlimen Bagan Datuk, Perak, maka sudah tentu sayangkan cara negeri beliau. Cara Perak, berhasil menumbangkan kerajaan negeri dan seterusnya menerajui kerajaan, kerana bantuan PH. Apa kah cara demikian yang sedang dituju? Jika ya, syukur lah, akan tetapi, jika sebaliknya, sungguh malang. Peribahasa mengajar kita, yang digendong berciciran yang dikejar tak dapat.

Tidak terdetik kah di hati Zahid rasa berdosa apabila menuduh kerajaan derhaka, yang mana tuduhan tersebut bukan sahaja memaliti ahli-ahli parlimen Umno, akan tetapi juga PAS dan parti-parti lain, selain Bersatu. Mengapa bakar kelambu kerana seekor nyamuk? Sedangkan nyamuk yang dimaksudkan, tiada pun.

Apa kah Zahid terlupa perjuangan Umno, demi agama, bangsa dan tanah air (ABATA), dulu,kini dan selamanya; sedangkan Umno bertindak, semasa rakyat benar-benar mengharapkan pembelaan dan pertolongan, selain menyelamatkan nyawa mereka?

Penulis yakin, sebahagian besar ahli parti itu, tidak bersetuju dengan tindakan MKT parti, apa tah lagi rakyat secara umum.

Sebahagian besar rakyat melihat tindakan Presiden Umno bersama sebahagian MKT, hanya bermatlamat memenuhi kepentingan peribadi.

Tiada mana-mana pihak yang masih waras dapat menerima, tindakan menumbangkan kerajaan, semasa dalam peperangan, adalah tindakan betul. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808