Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

KEMELUT POLITIK IMPAK KETEGASAN UNTUK TIDAK MENGORBANKAN PRINSIP- TAN SRI MUHIYIDDIN

$
0
0
TENGAH Hari Rabu-4 Ogos 2021, selepas menghadap SPBA, Tan Sri Muhiyiddin Yassin, dalam satu perutusan khas mengumumkan, bahawa beliau dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen, walaupun 8 ahli parlimen daripada Umno telah menarik sokongan. Berasaskan kepada kedudukan sedemikian, maka tidak berbangkit isu perletakan jawatan Perdana Menteri atau kabinet.

Perdana Menteri mengambil maklum, impak ketegasan beliau untuk tidak mencampuri urusan mahkamah yang melibatkan pemimpin tertentu, adalah penyebab utama kemelut politik.

Perdana Menteri juga sedar ratiban pihak pembangkang dan ahli parlimen yang menolak beliau dan kerajaan beliau, derhaka kepada SPBA, sedangkan semua tindak taduk beliau dan kerajaan selain mengikut lunas-lunas Undang-Undang, Perlembagaan dan juga Raja Berpelembagaan.

Tindakan beliau dan kerajaan adalah memelihara Institusi Raja Berperlembagaan, dan tidak sekelumitpun hasrat atau niat menderhaka kepada SPBA.

Dalam Majlis Menghadap SPBA, Perdana Menteri menyembahkan, untuk keabsahan kedudukan beliau dan kerajaan, akan dilaksanakan menerusi Sidang Parlimen pada September, melalui USUL PERCAYA.

Kini, rakyat semakin jelas, tindakan beberapa Ahli Parlimen Umno, yang diketuai Presidennya, berkait rapat, dengan kes-kes pedakwaan mahkamah. Semoga ahli-ahli Umno mengambil iktibar, dan jangan cuba meneggakkan benang basah, demi masa depan parti itu sendiri.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808