Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

MELUCUKAN: SHAFIE MINTA AGONG TITAH PM BUKTIKAN SOKONGAN

$
0
0

SUDAH hilang kah kemampuan Datuk Shafie Apdal mengira? Jika betul-betul hilang kebolehan mengira, harap-harap Presiden Warisan tersebut belum hilang kebolehan membaca.

Menerusi tulisan ini, Presiden Warisan tersebut, dapat membaca, berkaitan jumlah ahli parlimen, hasil keputusan PRU-14, tahun 2018 lalu. 

Jumlah kerusi parlimen adalah 222, dan ahli parlimen juga berjumlah sama. Walaupun jumlah kerusi kekal, tetapi jumlah ahli parlimen berbaki 220, atas sebab dua yang lain telah meninggal dunia, dan belum ada PRK mengisi dua kerusi kosong tersebut.

Semalam, semasa Ahli Parlimen Semporna bersama Anwar turun ke jalan, Presiden PKR itu tersebut mengaku disokong 107 ahli parlimen termasuk lah Shafie. Jika demikian, selepas angka tersebut ditolak daripada 220, maka berbaki 113. Jumlah 113 itu lebih banyak berbanding 107, iaitu berbeza 6 ahli parlimen atau 6 kerusi.

Oleh kerana yang 113 tidak menyokong Anwar, maka mereka itu menyokong kerajaan atau Perdana Menteri.  Di Malaysia, sangat jelas, yang ramai penyokong itu adalah kerajaan, sementara yang sedikit penyokong tersebut adalah pembangkang.

Apa yang perlu dibuktikan lagi? Kalau Shafie dan Anwar serta pembangkang, masih ragu, maka beritahu Anwar, menyediakan surat akuan/surat bersumpah, mempunyai sokongan lebih ramai berbanding kerajaan atau Perdana Menteri.

Kerajaan atau Perdana Menteri, tidak perlu menunjukkan atau membuktikan sokongan, kerana  jika tiada sokongan, tidak mungkin menjadi kerajaan atau PM mengangkat sumpah jawatan.

Kadang-kadang ahli parlimen pembangkang termasuk Shafie, bertindak bodoh sombong; mungkin mereka berpandangan bahawa rakyat negara  ini semua OKU berfikir atau mengira.

Pembangkang adalah pihak yang mahu sangat merebut kuasa. Mereka lah yang sepatutnya membuktikan jumlah sokongan, bukannya sebaliknya, kerajaan pula yang diminta membuktikan sokongan.

Dalam isu pihak pembangkang tidak mengiktiraf keabsahan sokongan terhadap kerajaan, itu memang tugas pembangkang, yang sentiasa mencipta tanda tanya dan persoalan. Namun, di pihak kerajaan, yakin dan tersangat yakin, adalah pihak yang mempunyai sokongan yang cukup.

Lupa kah Shafie, sudah bermacam-macam kaedah digunakan Anwar untuk mencipta keraguan terhadap kerajaan, dengan mengaku mempunyai sokongan yang mengyakinkan, akan tetapi, apabila diminta, gagal membuktikan secara hitam putih.

Atas sebab Anwar dan pembangkang, hanya berlegar-legar dengan sokongan yang tidak mencukupi, dan terkini perlu mengucapkan terima kasih kepada 2 AP bebas-Umno yang telah masuk kubu pembangkang, sebab itu, jumlah bertambah kepada 107, sedangkan sebelumnya maksimum 105.

Kepada Shafie, berhentilah, memberi hujah bukan sahaja lucu akan tetapi mengelikan. Jangan termasuk yang disebut Datuk Samy Vellu dalam Video berikut




Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808