Demi rakyat, negara, maka bertindak lah Buang yang keruh ambil yang jernih. Memohon maaf dan Ampun, ada lah tindakan sebaik-baiknya, kerana mengambil iktibar, bumi mana yang tidak ditimpa hujan.
Jangan berlaku bertembungan antara kerajaan dan istana, kerana itu lah misi 107 ahli parlimen agar ianya berlaku.
Daripada 220 ahli parlimen, 107 bersuara bagaikan koir, telah berlakunya sembah derhaka, akan tetapi mereka pura-pura lupa, mereka sebenarnya penderhaka, atas sebab Presiden PKR dan Pengerusi Pakatan Harapan, menggunakan mahkamah menolak proklamasi darurat, ertinya mempertikai kebijaksaan Agong.
Daripada Umno hanya 2 ahli parlimen yang satu suara dengan pembangkang, sedangkan 36 yang lain tidak.
36 ahli parlimen Umno, 2 MCA, 1 MIC dan 1 PBRS, menyokong Tan Sri Muhiyiddin kekal Perdana Menteri. Mereka ini sebahagian daripada 113 ahli parlimen.
Dalam demokrasi kelebihan satu undi pun adalah pemenang. Kalau di Amerika, winner take all.
Kerajaan jangan terpancing desakan 107 ahli parlimen, kerana kerajaan mewakili lebih banyak ahli parlimen. Pergunakan kedudukan yang ada untuk menjayakan PPN demi rakyat dan negara.
Rakyat tahu, di antara 107 ahli parlimen itu, ramai yang tahu membuat janji bulan dan bintang, tapi akhirnya rakyat dihina dengan 30 renggek, ribuan rakyat berbangsa melayu dipecat, tanpa sebab, peruntukan untuk rakyat miskin disekat, dipotong, ditarik balik. Rakyat akan mati katak, jika mereka ini, menjadi kerajaan.