PENDAPAT penulis, hanya berasaskan kebiasaan, bahawa SPBA menerima nasihat daripada Kabinet yang diwakili Perdana Menteri dan juga menerima nasihat undang-undang daripada Peguam Negara.
SPBA dukacita berkaitan isu pembatalan Ordinan Darurat, yang dipohon perkenaan oleh Kerajaan pada 24 Julai, yang diumumkan oleh Menteri Undang-Undang walhal belum mendapat perkenaan.
Hanya pakar undang-undang termasuk pakar Perlembagaan Negara, dapat memberi pendapat berkaitan “kemelut” ini, apa kah akan mencetuskan KRISIS PERLEMBAGAAN.
SPBA boleh melantik Perdana Menteri, akan tetapi tidak boleh memecatnya.
Dalam keadaan sekarang, Perdana Menteri, tidak dibuktikan sudah kehilangan sokongan secara sah.
Dalam keadaan sekarang, negara masih bertarung dengan Pandemik Covid-19, pembubaran parlimen untuk membolehkan pilihan raya, tidak kondusif dilaksanakan. Ertinya, jika pun Perdana Memohon Parlimen dibubarkan, Agong tidak akan memberi perkenaan.
Jika berlaku, Perdana Menteri tidak meletakan jawatan, dan Agong tidak perkenaan pembubaran parlimen, maka jelas- KRISIS PERLEMBAGAAN akan berlaku. Jika senario ini terjadi, maka julung kali berlaku di peringkat Persekutuan.
Sama-sama kita tunggu apa kesudahan episod antara Agong dan Kerajaan.
Bagi pihak yang hendak sangat mengambil alih kerajaan, episod ini yang ditunggu-tunggu. Keputusan Agong pagi tadi berkaitan ordinan darurat, di pihak pembangkang, disambut, kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.
Penulis terbaca komen seorang ahli MKT Umno daripada Sabah, yang menterjemahkan titah dukacita, sebenarnya MURKA!!!.