Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

SIDANG KHAS PARLIMEN-PUAK PEMBANGKANG JADIKANNYA LEPAS GIAN

$
0
0
PADA Isnin, parlimen membuka semula tirai persidangan selepas lebih 6 bulan berehat.

Penggal ke-3 Parlimen ke-14 sepatutnya bersidang Januari lalu, akan tetapi tertangguh akibat proklamsi darurat.

Mungkin, terlalu lama tidak bertegang leher, sebaik sahaja gelanggang sidang khas parlimen dibuka, suhu terus panas, sehinggakan menampakkan ketidak matangan sebahagian ahli parlimen, terutama daripada puak pembangkang.

Perbuatan “kurang ajar” ditunjukkan oleh AP Bagan-Lim Guan Eng, apabila terjerit-jerit dan terlolong-lolong, semasa Perdana Menteri memulakan tafakur tanda dukacita kepada mangsa- mangsa Covid-19.

Di mulut puak pembangkang, bukan sahaja terhabur kata-kata kesat, kepada menteri-menteri kerajaan, Speaker juga menjadi sasaran, termasuk menuduh sebagai anjing belaan.

Kudo kepada speaker, termasuk timbalan-timbalannya, sentiasa “cool”, malah sekali-sekali menegur agar adab dijaga semasa berbahas.

Isu yang menyebabkan beberapa ahli parlimen diserang sawan, apabila ordinan darurat yang menjadi sandaran mereka untuk menunjukkan keabsahan kerajaan, menerusi undi, terpaksa melopong, kerana, kerajaan membiarkan Proklamasi Darurat tamat dengan sendirinya mengikut tarikh luput.

Pada Isnin depan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri- Parlimen & Undang-Undang akan memberi penerangan dan menjawab berkaitan proklamasi Darurat.

Proklamasi Darurat yang diistiharkan pada 11 Januari, akan tamat dengan sendirinya pada 1 Ogos, 2021.

Sidang khas parlimen sepatutnya digunakan untuk mencari jalan dan startegi melawan krisis 3 serangkai-Krisis Kesihatan-Krisis Ekonomi-Krisis Politik, tidak menjadi kenyataan, sebaliknya menjadi gelanggang, maki hamun, mendesak Perdana Menteri, menteri-menteri letak jawatan.

Para AP yang berniat menumbangkan kerajaan, terbukti sangat kecewa, yang dibuktikan menerusi hujah-hujah atau kenyataan media, yang terkeluar daripada masalah sebenar desakan mereka agar parlimen dibuka, kononnya sebagai kaedah semak & imbang berkaitan Pelan Pemulihan Negara (PPN) mendepani krisis berangkai.

Walaupun, sidang khas ini, beberapa AP melepaskan gian, akan tetapi, perungkaian oleh menteri-menteri berkaitan portfolio masing-masing, para ahli parlimen yang mengutarakan masalah dihadapi di negeri-negeri yang diwakili berkaitan bekalan vaksin, dan kesannya kepada aktiviti ekonomi dan sosial telah dirungkai, diambilkira oleh pihak kerajaan untuk pelaksanaan, sebagai strategi utama keluar daripada krisis berangkai.

Walaupun persidangan khas parlimen, memperlihatkan beberapa ahli parlimen yang tidak bertamadun, namun, tidak sedikit ahli parlimen yang mengerti status mereka, sebagai pembela rakyat, negara dan bangsa. Di harapkan, jangan berlaku kesama rataan, menganggap semua ahli parlimen negara ini, kurang adab, rendah moral dan tidak bertamadun.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808