Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

KES SYED SADDIQ- PENDAKWAAN TERPILIH?

$
0
0
SYED SADDIQ, diantara ahli parlimen Bersatu, bersama Tun Dr Mahathir tidak menyokong Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada 29 Februari, 2020.

Daripada awal lagi, AP Muar itu tidak menyokong Perikatan Nasional (PN).

Jika benar, kes mahkamah beliau, ada hubungkait, kerana beliau tidak menyokong PN, dan pendakwaan terpilih, pendakwaan politik, tidak perlu menunggu, lebih setahun.

Kes mahkamah Saddiq, ada lah CIPTAAN beliau sendiri. Kerana beliau sedar, telah pecah amanah, maka mencari alibi, sebagai jalan keluar.

Alibi pertama, buat laporan polis, duit dicuri. Alibi ke-2, duit peribadi, ayah dan ibu.

Polis, memang pakar, membongkar bentuk alibi-alibi seperti ini. Benar juga, terbongar wang RM600,000 dari rumah seorang rakan crime, AP Muar tersebut. Selepas terbongar, maka dikenalpasti kemudian, wang parti dikeluarkan, tanpa kebenaran.

Apabila SPRM menjalankan siasatan, dan mengumpulkan bukti-bukti 90% keboleh menangan, maka orang kena tuduh (OKT) didakwa. SPRM tiada had masa, akan bila seseorang OKT dihadapkan dimahkamah. Hanya secara kebetulan, pertuduhan, hampir dengan sidang khas parlimen.

Jika benar, terdapatnya pendakwaan politik dan terpilih, apa kelebihan Syed Saddiq (hanya mewakili 1 kerusi) berbanding Datuk Shafie Apdal (keterkaitan dengan dana KKLW untuk luar bandar Sabah) yang mewakili 8 AP. Juga, jika pendakwaan ada hubungkait dengan politik, mengapa kluster mahkamah daripada Umno, tidak dibebaskan, sedangkan mereka itu penyokong PN.

SPRM bukan alat politik. Dakwaan Presiden PKR, kerajaan membuli ahli parlimen pembangkang, hanya andaian.

Sudah menjadi trend, kluster mahkamah menggunakan flatform media sosial atau media untuk mendorong persepsi rakyat, dan jika mereka didapati bersalah, maka kerajaan campur tangan.

Sekian lama apabila kita perhatikan, hujahan di media, sangat berbeza, dengan hujahan dalam mahkamah. Ertinya, jika rakyat menerima hujahan di media, maka seolah-olah menyokong bukan berasaskan fakta.

Dalam kes Saddiq, straight forward, merupakan kes PECAH AMANAH.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808